
ICAUR GLENMARIE DIBUKA, PERTAMA DI DUNIA
iCAUR Malaysia mencatat sejarah tersendiri apabila merasmikan iCAUR Glenmarie sebagai pusat pengedaran pertama jenama itu di dunia.
Langkah ini sekaligus mengukuhkan lagi persiapan iCAUR menjelang pelancaran model sulungnya, iCAUR 03.
Diusahakan oleh Absolute Motor Sdn Bhd, pusat ini terletak di Glenmarie, Shah Alam dan menjadi mercu tanda penting untuk jenama muda yang membawa slogan “Born to Play”.

Naib Presiden iCAUR Malaysia, Emily Lek berkata, dalam tempoh kurang empat bulan selepas kemunculan sulung di Malaysian Autoshow 2025, jenama ini telah meninggalkan impak besar dalam pasaran tempatan.
Pengarah Urusan Absolute Motor, Andy Yap pula menegaskan bahawa keyakinan mereka terhadap iCAUR mendorong pembukaan pusat pertama di Malaysia, malah di dunia.
iCAUR Glenmarie tampil dengan keluasan 18,912 kaki persegi dan direka sebagai hab gaya hidup penuh.

Antara kemudahan disediakan ialah bilik pameran untuk lima buah kereta, ruang menunggu pelanggan dengan Wi-Fi percuma, kopi serta pastri, kawasan penyerahan eksklusif, dua petak pengecasan EV persendirian serta ruang khas permainan video dikenali sebagai iCAUR Arcade.
Pusat ini dilengkapi pusat servis selepas jualan dengan tiga ruang servis, satu ruang khusus untuk ubah suai, bengkel khas, serta kapasiti servis sehingga 300 kenderaan sebulan yang dikendalikan oleh pasukan seramai 30 kakitangan bertauliah.
Menjelang pertengahan September, iCAUR Malaysia mensasarkan untuk mempunyai 18 pusat jualan dan sembilan pusat 3S di seluruh negara, termasuk penambahan cawangan Absolute Motor pada masa akan datang.

Model pertama iCAUR, iaitu iCAUR 03, bakal dilancarkan pada 9 September 2025 dengan anggaran harga antara RM145,000 hingga RM155,000. Tempahan awal kini dibuka dengan bayaran RM1,000 yang boleh dipulangkan sepenuhnya.
Dua pilihan sistem kuasa ditawarkan – varian pacuan roda hadapan (2WD) dengan motor elektrik 135kW (184PS), 220Nm tork dan bateri 65.7kWh yang mampu bergerak sejauh 426km (NEDC).
Manakala varian Intelligent Wheel Drive (iWD) hadir dengan dwi-motor berkuasa 205kW (279PS), 385Nm serta bateri 69.8kWh yang menawarkan jarak pemanduan 418km (NEDC).

iCAUR Glenmarie yang terletak di No.12, Jalan Pendaftar U1/54, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam, dibuka setiap Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang, dan Ahad dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pusat servis pula beroperasi Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
- BACA: YANGWANG U9 TRACK EDITION – HYPERCAR GERGASI 3000 HP PECAHKAN REKOD KELAJUAN EV
- BACA: OMODA | JAECOO ANJUR PERTANDINGAN TEKNIKAL JULUNG KALI DI MALAYSIA
- BACA: BYD M9 BAKAL DILANCARKAN DI INDONESIA, MPV MEWAH SEPARUH HARGA ALPHARD!
- BACA: KERETA BARU KELUAR KEDAI REMPUH MASERATI, PEMILIK TERPAKSA BAYAR HAMPIR RM60K KOS BAIK PULIH








