,
Buletin

INFORMASI TERKINI HONDA MOTOR CO. LTD. DI TOKYO MOTOR SHOW 2017

Honda merupakan antara watak utama di Tokyo Motor Show 2017 yang sedang berlangsung. Menurut Takahiro Hachigo, Presiden dan salah seorang pengarah Honda Motor Co. Ltd., mereka mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan produk seperti motosikal, kereta, produk industrimalah jet kelas perniagaan. Honda juga mempunyai hubungan dengan 28 juta pelanggan di seluruh dunia yang diasaskan melalui produk yang dihasilkan.

Hubungan ini disifatkan Honda sebagai bukti minat dan semangat mereka untuk menyediakan keperluan buat jutaan pelanggan di seluruh dunia mengembangkan potensi kehidupan mereka. Ia sesuatu yang dikongsi antara pengeluar dan pelanggan  merentasi sempadan negara dan masa. Honda juga akan terus mengeluarkan model-model motosikal dan kereta untuk pasaran global dan khususnya yang menarik untuk pelanggan di seluruh dunia.

Berikut merupakan antara model-model yang dipamerkan oleh Honda di Tokyo Motor Show 2017.

  • Honda Sports EV Concept: Ia merupakan kali pertama Honda mempamerkan Honda Sports EV Concept, satu konsep gabungan antara prestasi EV dengan AI (artificial intelligence) dalam satu unit kereta kompak untuk merealisasikan keseronokkan memandu dan pada masa yang sama membentuk hubungan antara kereta dan pemandu.

  • Honda Urban EV Concept: Ia dhasilkan menggunakan platform EV terbaru dan memberi gambaran tentang hala tuju teknologi dan rekaan model EV masa hadapan yang akan dikeluarkan secara besar-besaran. Model ini akan dipasarkan di Eropah terlebih dahulu sebelum masuk ke pasaran Jepun pada 2020.

  • Honda NeuV: Ia juga merupakan model konsep EV yang menyerlahkan produk mobiliti dan dikembangkan dengan teknologi pemanduan autonomi dan AI. NeuV akan menilai tekanan yang dihadapi pemandu berdasarkan ekspressi muka ataupun nada suara dan memberikan bantuan yang diperlukan untuk pemanduan lebih selamat.

  • Honda CR-V: Siapa tak kenal CR-V yang menjadi model SUV yang diminati pelanggan di lebih 160 negara termasuk Malaysia. Barisan CR-V baru ini termasuklah model baru CR-V hibrid yang dilengkapi dengan motor hibrid berkembar Honda yang dinamakan “SPORT HYBRID i-MMD”. Ia boleh didapati dengan pacuan 2-roda dan 4WD dan dijadualkan memasuki pasaran Jepun tahun 2018.

  • Clarity PHEV: Ia juga diasaskan daripada Honda Sport Hybrid i-MMD dengan keluaran dan kapasiti bateri yang dipertingkatkan membolehkan jarak EV 100 kilometer dicapai. Clarity PHEV merupakan generasi baru model hibrid plug-in dengan kelegaan bumi yang rendah, kabin yang luas untuk 5 penumpang dewasa dan kargo. Ia juga bakal dipasarkan tahun hadapan di Jepun.

  • Honda RoboCas Concept: Ia merupakan produk mobiliti berkuasa elektrik saiz kecil yang menjadikan impian dan idea satu kenyataan. Ia menggabungkan ruang dan kanopi yang dicantumkan dengan saiz badan kenderaan yang kompak dan boleh dipandu.

  • Honda Ie-Mobi: Ia bermaksud “rumah” dalam bahasa Jepun dan merupakan produk mobiliti berkuasa elektrik dan boleh berfungsi seperti kediaman dan kenderaan anda. Kenderaan ini juga membekalkan kuasa elektrik ke rumah anda dan sebaliknya. Malah ia juga mempunyai keluasan yang sama seperti sebuah bilik iaitu 4.95 meter persegi.

  • Honda Fur-Mobi: “Fure” dalam bahasa Jepun bermaksud hubungan ataupun sentuhan. Ia dihasilkan untuk mengeratkan hubungan antara dua insan walaupun salah seorang berkerusi roda. Honda membangunkan model ini dengan harapan untuk memudahkan dua insan yang rapat bergerak bersama dengan selesa dan menikmati kehidupan di luar yang aktif.

  • Honda Chair-Mobi Concept: Ini satu lagi produk mobiliti konsep untuk membolehkan kita bergerak dengan selesa di dalam dan luar rumah. Saiz yang kompak memberikan radius pusingan yang lebih baik di tempat-tempat sempit. Ketinggian tempat duduknya juga boleh dilaras sepenuhnya untuk kestabilan walaupun semasa mendaki dan menuruni kawasan berbukit. Ia juga cukup lincah sama seperti seorang pejalan kaki.

  • Honda Ai-Miimo Concept: Ia dihasilkan berasaskan Honda Miimo, mesin pemotong rumput pintar berkuasa elektrik. Dengan penambahan AI, kini ia boleh berkomunikasi dengan pemilik dan membantu memudahkan kerja seharian. Ia bukan lagi sekadar mesin tetapi telah menjadi seperti binatang peliharaan yang tidak perlu diberi makanan dan minuman.
Tags
Google ads
Back to top button