Peranti

ACER MALAYSIA PERKENAL ACER SPIN 5, SWIFT 3, SKRIN LENGKUNG, PROJEKTOR DAN AIO PC 2017

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian peranti terbaharunya. Ia terdiri daripada dua buah komputer riba, monitor dengan paparan UltraWide QHD+, projektor P series dan komputer meja semua dalam satu (AIO).

“Selaku peneraju industri, Acer sentiasa berinovasi dan melengkapkan produknya dengan teknologi terkini demi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Selain menawarkan produk pada harga mampu milik,” kata Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn. Bhd., Chan Weng Hong.

Acer Spin 5

Komputer riba boleh ubah Spin 5 kini dikuasakan oleh chip pemprosesan Intel generasi kelapan. Dengan kapasiti memori 16GB of DDR4 memudahkan urusan anda untuk melayari internet, menonton kandungan video, menikmati muzik dan meningkatkan produktiviti.

Lebih menarik lagi, model  15.6 inci ditawarkan dengan kad grafik  NVIDIA Geforce GTX 1050 untuk lebih efisien dan pantas. Dibina untuk kegunaan harian, bateri komputer riba ini pula boleh bertahan selama 10 jam dengan sekali caj.

Ia tampil dengan paparan Full HD (FHD) 1920 x 1080, TFT LCD yang latarnya dinyalakan oleh LED bersama ciri multi sentuhan bersepadu. Menyokong ciri Acer Active Stylus, ia menawarkan pengalaman sentuhan terbaik menerusi Windows Ink.

Teknologi Acer TrueHarmony dengan pembesar suara yang diletakkan di bahagian hadapan memberikan kualiti bunyi terbaik tanpa mengira mode mana anda gunakan.

Spin 5 adalah 21 peratus lebih nipis berbanding model teradahulu. Model 13.3 hanya setebal 15.9mm, manakala model 15.6 inci cuma 17.9mm. Bahagian luarannya juga nampak kemas dan premium untuk penampilan yang elegan.

Acer Spin 5 ditawarkan pada harga bermula RM3,599 hingga RM4,999 seunit.

Acer Swift 3

Komputer riba Swift 3 yang ringan kini dikuasakan oleh pemproses Intel® Core TM generasi kelapan. Pengguna juga boleh memilih model 15.6 inci yang dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce MX150.

Dengan jangka hayat bateri selama 10 jam, Swift 3 menjanjikan prestari untuk kerja sepanjang hari. Urusan memuat turun melalui ketersambungan tanpa wayar kini tiga kali lebih pantas dengan teknologi tanpa wayar 2×2 MU-MIMO 802.11ac.

Peranti ini didatangkan dengan memori sehingga 256GB SSD dan 8GB DDR4. Harga Swift 3 dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 ialah RM4,299 seunit. Ia hadir dalam warna biru dan kelabu.

Monitor Acer XR382CQK

Acer XR382CQK ialah monitor pertama Acer yang mempunyai lengkung IPS 21:9 bersaiz 37.5 inci dengan paparan UltraWide QHD+ (3840 x 1600). Bersama lengkungan 2300R, ia menjanjikan pengalaman menonton yang mengayikkan berbanding paparan rata.

Ia sempurna untuk penggunaan multi-monitor. Ciri Picture-in-Picture (PIP) membolehkan pengguna membuka multi windows, manakala Picture-by-Picture (PBP) dan mode Daisy-Chain pula membuatkan anda lebih produktif.

Acer XR382CQK hadir dengan enam ubahan paksi dan 100 peratus sRGB untuk julat warna yang penuh dan tepat. Bersama sistem bunyi DTS® Sound, pengguna boleh menikmati pengalaman yang sinematik.

Monitor Acer XR382CQK boleh digerakkan dari sudut -5° hingga 35° untuk memberikan posisi tontonan yang ideal. Ditawarkan pada harga RM4,999 seunit, ia sudah berada di semua penjual sah Acer di seluruh negara.

Projektor Acer P Series

Projektor P series iaitu P1350WL, P1150 dan P1250 menjadi projektor pertama dilengkapi penapis cahaya biru, Acer BluelightShield yang mampu mengurangkan bahaya lampu biru sehingga 30 peratus.

Ia juga sedia untuk 3D apabila dipadankan dengan cermin mata 3D. Dengan sokongan output 120Hz, menonton filem pasti lebih menyeronokkan.

Projektor ini menawarkan ciri paparan tanpa wayar. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi eDisplayPro3 untik memanfaatkan fungsi-fungsi seperti Quad View, Mirroring Display, internet, foto, muzik dan sebagainya.

Acer P1350WL hadir dengan lumens 3,700 ANSI. Sementara  Acer P1150 dan P1250 menawarkan lumens 3,600 ANSI. Maknanya, anda tidak perlu memadamkan lampu untuk melihat paparan dengan jelas.

Selain fleksibel dan mudah dipasang, teknologi ExtremeECO mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 70 peratus. Jangka hayat lampunya juga dapat bertahan sehingga 15,000 jam. Acer P1350WL sitawarkan pada harga RM2,199 seunit. Manakala Acer P1150 berharga RM1,599 dan Acer P1250 pula RM1,899. 

PC Semua dalam Satu (AIO) Acer Aspire C22-860

Menampilkan paparan 16:9 FHD dengan 90 peratus tanpa bingkai, Acer Aspire C22-860 menjanjikan kualiti warna dan teks yang jelas, tanpa mengira sudut pandangan anda.

AIO ini dikuasakan oleh pemproses Intel TM Core i3 generasi ketujuh dengan memori 4 GB DDR4 yang dinaik taraf kepada 16GB. Komputer meja ini nampak kemas dengan skrin hanya senipis 11mm.

Bukan itu sahaja, Acer Aspire C22-860 didatangkan dengan webcam yang boleh dicabut. Ia juga menawarkan storan segingga 1TB yang boleh dinaik taraf menjadi  2TB1 HDD dan 2561 SSD.

Ditawarkan pada harga RM 2,399 seunit, komputer ini memang nampak cantik dan kemas di atas meja kerja anda.

Google ads
Back to top button