,
Artikel Pilihan

HONDA TALON X – SIAPA KATA ORANG DEWASA TIDAK MEMPUNYAI PERMAINAN SESUAI

Pasaran untuk kenderaan seumpama ini biasanya didominasi oleh Polaris dan Can Am dan ia biasanya menggunakan transmisi CVT automatik yang menyalurkan kuasa ke roda menggunakan tali sawat. Masalahnya cuma satu sahaja: tali sawat itu sendiri. Ia terdedah kepada kepanasan, berat berlebihan, kotoran dan bebanan yang melampau. Bagi snowmobile mungkin tiada masalah tapi kalau nak main lompat-lompat di laluan offroad memang tak lama la hayatnya.

Membawa kenderaan pacuan empat roda ATV ke laluan berlumpur tebal pada hari panas terik mungkin bukannya idea yang baik kerana ia akan menjejaskan tali sawat yang membawa kuasa dari kotak gear.

Jika ia tercabut atau putus, mungkin ramai yang berpandangan positif dan menyatakan yang ia bertujuan mengelakkan kerosakan yang lebih serius kepada kotak gear yang sememangnya lebih mahal untuk ditangani. Tapi bagaimana Honda menawarkan penyelesaian kepada masalah ini memang sangat menarik.

Penyelesaian tersebut ditawarkan Honda menerusi model baru mereka yang dinamakan Honda Talon 1000X dan Talon 1000R yang kedua-duanya menggunakan transmisi enam-kelajuan klac berganda (DCT). Selain menghapuskan penggunaan tali sawat, sistem DCT ini juga lebih menyeronokkan.

Berbeza dengan ATV biasa yang menggunakan CVT, Talon membolehkan pemandu memilih gear yang diperlukan. Sama ada dalam mod automatik ataupun gaya manual dengan menggunakan pedal pada bahagian roda stereng. Kemampuan memilih gear sendiri memang merupakan satu bonus ketika mengambil selekoh ataupun menuruni bukit. Sesuatu yang tidam mampu dilakukan oleh unit CVT.

Kelebihan DCT ini memang terbaik kalau tidak kenapa GM sanggup membangunkannya oleh model Corvette terbaru mereka. Model mana lagi yang menggunakan DCT ni? Bugatti Chiron, McLaren 720S dan Acura NSX. Cukup la tiga contoh tu kot.

Kelebihan Talon sebenarnya bukan hanya terletak pada kotak gearnya tetapi juga pada enjin dua-selinder 999 cc yang diambil dari Honda Africa Twins. Ia bukan hanya lancarny malah mampu juga menghasilkan 104 hp kuasa.

Talon X merupakan sebuah ATV trail dengan badan yang dikecilkan untuk memudahkan pemandu mencilok di celah-celah batang pokok. Ia juga dilengkapkan dengan suspensi Fox Podium 2.0 untuk membantu aspek kawalan.

Tambah menarik lagi kedua model Talon ini membolehkan anda memilih mod RWD ataupun 4 WD. Boleh sangat la kalau nak main drift atas tanah hujung-hujung minggu kan?

Mungkin ia tidak sehebat ATV lain yang lebih berkuasa tetapi Talon dijamin menawarkan keseronokkan yang berbeza. Siapa kata permainan orang dewasa sukar diperolehi? Korang jangan fikir bukan-bukan bila dengar permainan orang dewasa okey. Kami ni web patuh shariah.

Tags
Google ads
Back to top button