
HONDA S2000 EV BAKAL MUNCUL? KALAU BETUL MEMANG SEDAP NI
Khabar tentang kemunculan semula Honda S2000 kini mula kedengaran sempena sambutan ulang tahun ke 75 Honda yang bakal menjelma. Bukan sesuatu yang mustahil kerana S2000 asal diperkenalkan ketika Honda menyambut ulang tahun ke 50, 25 tahun lepas. Spekulasi menyebut yang Honda sedang merancang sesuatu yang istimewa.

Laporan Car Magazine menyebut yang Honda akan mengejutkan dunia dengan kereta sport EV baharu pada penhujung tahun ini. Dikatakan juga model baharu ini akan menggunakan setup rekaan e:N dan menampilkan motor elektrik yang diletakkan di bahagian belakang.
Bukan itu sahaja, katanya tidak mustahil mereka juga akan perkenalkan varian Type R sebagaimana kata Kotaro Yamamoto dari Honda, “Type R bermaksud perlumbaan (racing). Kereta EV juga tidak terkecuali dan Type R tidak hanya eksklusif kepada kereta dengan enjin ICE.”

Walaupun belum dapat disahkan kebenarannya, Honda pernah mengujakan kita semua dengan dua model konsep EV sewaktu mengumumkan akan melancarkan 30 model EV sebelum 2030. Pada masa itu mereka tidak memberikan maklumat menyeluruh selain menyatakan ianya satu model istimewa dan satu lagi model flagship.
Semua kita tahu yang model flagship Honda ialah NSX dan model istimewa berkemungkinan besar ialah S2000. Mestilah, takkan Honda BR-V kot.
Kalau khabar ini terbukti kebenarannya, S2000 EV akan bersaing hebat dengan sebuah lagi model sports yang bakal dilancarkan; Porsche 718 Boxster EV. Aduh, dua-dua best. Mana nak cekau duit ni?