Artikel Pilihan

HONDA DAN ISUZU GIAT UJI TRAK BERKUASA HIDROGEN DI JEPUN – GANDINGAN MANTAP

Honda Motor Co. Ltd dan Isuzu Motors Limited kini sedang menguji trak berkuasa hidrogen yang dinamakan GIGA Fuel Cell. Ia mula diuji dari akhir tahun 2023 hinggalh ke September 2024. Dalam tempoh ujian kedua syarikat akan mengumpul data-data penting untuk pembangunan bahan api alternatif ini.

Dikatakan trak seumpama ini akan mula dipasarkan menjelang 2027 dan ujian jangka panjang ini dijangkakan akan membolehkan mereka mengesan masalah-masalah teknikal yang mungkin muncul sebaik dioperasikan.

Honda dalam kenyataan rasminya bertarikh 29 Disember menyatakan yang semua langkah kini diambil menjelang pelancaran trak tersebut pada tahun 2027 kelak. Lama lagi masa yang diperlukan untuk segala ujian dan persiapan.

Pada Januari 2020, Honda dan Isuzu telah mencapai kata sepakat dan menandatangani perjanjian kerjasama untuk membangunkan kenderaan jarak jauh masa depan, mampu membawa kargo yang banyak dengan tempoh isian bahan api yang pantas.

Model prototaip ini telah didedahkan kepada umum di Japan Mobility Show 2023 Oktober lalu sebelum mula diuji di jalan raya awam.

Hidrogen mempunyai ciri unik dimana ia berkemampuan untuk menyimpan tenaga dalam kepadatan yang tinggi. Ia memberikan faedah yang besar kepada trak-trak besar yang sangat berat dan mempunyai jarak operasi yang jauh.

Malah hidrogen mampu menjadi satu lagi sumber tenaga bersih untuk menggerakkan kenderaan selain EV. Mana syok kalau semua benda di‘EV’kan terus.

Google ads
Back to top button