Artikel Pilihan

MUGEN RADICAL TYPE R RC20GT – KHAS UNTUK PEMINAT HARDCORE CIVIC TYPE R

Sewaktu Civic Type R dilancarkan pada tahun 2017, ramai yang memuji Honda kerana berani melancarkan sebuah kereta produksi dengan bodykit yang cukup radikal seolah-olah ianya sebuah kereta untuk anak-anak muda. Apa diorang ingat Pok Ya dan Pak Amid dah tak sesuai ke bawak Type R pergi solat Jumaat.

Tapi sebenarnya bodykit asal Type R tu sendiri akan kelihatan sangat biasa jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan oleh Mugen. Kalau ada yang masih ingat Mugen pernah membawakan model konsep yang dinamakan RC20GT Type R pada Tokyo Auto Salon 2018. Ia turut dilengkapi dengan bodykit yang lebih hardcore dan kemasan dalaman bertemakan perlumbaan.

Kini setahun telah berlalu dan sekali lagi mereka memajukan RC20GT ke satu tahap dan dikatakan telah memasuki tahap pra-pengeluaran. Selain lakaran grafik baru ia masih kelihatan mempunyai beberapa persamaan dengan model konsep tahun lepas. Mugen bagaimanapun menyatakan yang mereka telah menaiktaraf rekaan untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik di atas litar perlumbaan. Mereka juga menerangkan tentang peningkatan kuasa dan prestasi sistem penyejuk tetapi masih belum mendedahkannya secara terperinci.

BACA: LAMA TAK DENGAR CERITA –  CIVIC TYPE R CATAT REKOD DI 5 TREK EROPAH

Model ini disifatkan Mugen sebagai Civic Type R terhebat dan rasanya tidak ada sesiapa pun yang akan membantah. Mugen ni bang, modifikasi Honda ni memang makanan mereka je. Versi produksi penuh akan dipasarkan di Jepun sedikit masa lagi. Tunggu sedikit masa je mungkin kedai-kedai aksesori Ah Beng dan Ah Hong akan menyediakan versi copy ori yang lebih murah.

Selain RC20GT, Mugen turut mempamerkan Mugen Civic Type R Prototype. Ia kelihatan kurang radikal berbanding RC20GT dan menampilkan gril konvensional Civic Type R dan bukannya gril ala-Audi seperti RC20GT.

Ia bagaimanapun masih menggunakan peralatan yang dibangunkan khas bersama RC20GT. Perhatikan persamaan pada cermin sisi, rim aloi dan spoiler belakang. Abang-abang Civic ketam dah boleh timba idea baru untuk proses modifikasi seterusnya. VTEC on.

Google ads
Back to top button