Artikel PilihanBuletin

HONDA WR-V DILANCARKAN KE PASARAN INDONESIA – MASUK MALAYSIA TAK NI?

PT Honda Prospect Motor (HPM) yang merupakan pengedar rasmi Honda di Indonesia telah melancarkan model terbaru mereka yang dinamakan WR-V. Ia merupakan model SUV kompak pertama Honda memasuki pasaran Indonesia.

Dilihat pada saiznya, WR-V ini bakal bersaing dengan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize yang turut dijual di pasaran Indonesia. Alah kalau kat sini sama saiz dengan Perodua Ativa la. Kira bawah dari HR-V dan lebih pendek dari BR-V.

Menurut Yusak Billy, salah seorang jurucakap PT HPM, SUV kompak ini sebenarnya berkongsi platform dengan Honda BR-V baharu. Malah ia turut dilengkapi dengan enjin 1.5 liter yang sama cuma dilaras kembali agar lebih sesuai dengan WR-V. Enjin ini juga dipilih berdasarkan soal selidik yang dilakukan di Indonesia yang mana rata-rata responden memilih enjin berkapasiti 1.5 liter.

Honda WR-V ini menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC empat selinder sebaris yang berupaya menjana 121 hp pada 6,600 rpm. Tork maksima pula ialah 145 Nm pada 4,300 rpm dan merupakan antara tertinggi untuk kelasnya. Jangan la pulak banding dengan model yang lebih besar. Tak aci la.

Kuasa kemudian disalurkan ke gandar menerusi sistem transmisi CVT dengan teknologi G-design yang memberikan pecutan bertenaga tapi pada masa yang sama meningkatkan kecekapan pembakaran dalaman sebanyak empat peratus. Power tapi menjimatkan memang kereta idaman guru-guru Malaysia la (habis la kena kecam lepas ni).

Walaupun berkongsi enjin dan transmisi yang sama dengan BR-V, Honda Indonesia menegaskan yang keduanya menggunakan komponen ECU yang berbeza. Ini kerana keduanya mempunyai sifat dan keperluan yang berbeza.

Tiga varian Honda WR-V ditawarkan untuk pasaran Indonesia.

  1. E CVT – Rp271.9 juta (lebih kurang RM82K)
  2. RS CVT – Rp289.9 juta (lebih kurang RM87K)
  3. RS CVT dengan Honda Sensing – Rp 309.9 juta (lebih kurang RM93K)
Google ads
Back to top button