Artikel Pilihan

INI CARA JEPUN BERI ISYARAT TERIMA KASIH KEPADA PEMANDU LAIN.

Jepun adalah sebuah negara yang unik dan paling berdisiplin di dunia. Dalam banyak negara yang kami lawati, tidak ada satu negara pun yang boleh menyamai Jepun dari segi etika, kebersihan, disiplin dan sistematik.

Mungkin anda boleh jumpa negara yang bersih seperti Singapura, akan tetapi negara begini bersih kerana rakyatnya “dipaksa” untuk menjaga kebersihan. Yelah, nak makan chewing gum pun kena saman, kau rasa?

Tapi di Jepun, ia adalah tentang atitud rakyatnya sendiri. Mereka tidak dipaksa, tetapi sistem yang wujud itu sendiri membuatkan mereka belajar menjadi seorang yang tertib. Nak jumpa tong sampah susah, tapi sampah tepi jalan pun tak ada. Mereka dididik membawa sampah sendiri, malah bekas habuk rokok pun dulu ramai yang bawak sendiri.

Disiplin ini juga sama bagi pemandu di atas jalanraya. Seingat saya selama berpuluh kali ke Jepun, hanya sekali sahaja saya pernah dengar bunyi hon kereta. Ia di satu waktu pagi di lorong membelok bilamana pemandu teksi sedang bertengkar dengan penumpang – yang kelihatan sedang mabuk.

Teksi tersebut menghalang lalulintas dan hon hanya berbunyi mungkin selepas 5 minit kereta tak bergerak!

Tertib paling unik di atas jalanraya ialah yang ini. Cara bagaimana pemandu ucapkan terima kasih kepada pemandu lain. Lazimnya dalam keadaan di mana pemandu tersebut diberi laluan, atau meminta laluan.

Jika anda memberi mereka masuk, lampu kecemasan akan dinyalakan beberapa kerlipan. Ia sebagai tanda terima kasih kepada pemandu di belakang. Jalan-jalan Jepun khususnya Tokyo sememangnya sempit, jadi isyarat begini cukup mudah memberitahu pemandu lain.

Ia berbeza dengan negara-negara lain di mana kebanyakannya membunyikan hon pendek tanda terima kasih. Atau, mengangkat tangan, atau menghulurkan tangan keluar tingkap tanda terima kasih kepada pemandu di belakang.

Pernah memotong lori?, jika lori memberi isyarat membelok, bermakna pemandunya nampak tiada halangan di hadapan dan menyuruh anda memotong (kerana kedudukan pemandunya yang tinggi). Selepas memotong, lazimnya tekan hon pendek tanda terima kasih. Tak tahulah orang lain, tapi Abang Japar memang buat begitu. Dan bagi sesetengah pemandu lori, akan membalas dengan hon pendek juga sebagai tanda “sama-sama”

Di Jepun, memang memberi lampu isyarat kerlipan pendek ini satu budaya yang tersemai dalam setiap pemandu di sana. Dan apa yang pasti, semua pemandu Jepun memang diajar memberi lampu isyarat untuk membelok atau menukar lorong. Kami tak pernah jumpa lagi pemandu tak bagi signal walaupun sekali!

Nah, sila tonton video di bawah.

 

Google ads
Back to top button