
INI SISI GELAP KEMASAN PIANO BLACK DALAM KABIN KERETA
Anda mesti perasan bahawa banyak sangat kereta moden sekarang menggunakan plastik hitam berkilat di dashboard, center console, pintu, dan sekeliling kotak suis. Material ini dipanggil sebagai “piano black” sebab kemasannya sama macam permukaan piano hitam yang berkilat.
Tapi kenapa sebenarnya hampir semua pengeluar menggunakan rekaan dan bahan ini? Ini jawapannya:
1. Supaya Nampak Mewah
Piano black ni nampak cantik di dalam gambar dan di showroom. Glossy hitam memberi ilusi interior yang premium, dan hitam tu pulak memang senang untuk digandingkan dengan mana-mana tema warna kabin.
2. Menjimatkan Kos Pengeluaran
Selain buat kereta nampak fancy dan bergaya, kemasan piano black ni lebih murah untuk dihasilkan berbanding dengan proses mengecat dan meletakkan clearcoat tradisional. Ford contohnya bekerjasama dengan vendor BASF untuk dapatkan rupa glossy tu tanpa perlu cat dan menggunakanclearcoat. Ini memberi penjimatan sekitar 50% kos pengeluaran
Nampak Cantik Tapi Sensitif Dengan Semua Unsur
Masalah terbesar piano black ialah ia mudah memerangkap habuk, meninggalkan kesan cap jari, dan calar halus disebabkan kemasannya berkilat macam cermin. Ia kelihatan sangat elegen, sehinggalah anda tersentuh dan meninggalkan cap jari
Atau sekiranya anda mengelap habuk, proses mengelaap boleh menghasilkan micro-scratches yang lagi ketara. Ada juga pengkritik mengatakan yang material ini membuat interior kereta yang baru beli pun cepat kelihatan tua dan kusam
Namun dengan perubahan trend masa kini yang banyak menggunakan skrin multimedia yang besar, penggunaan panel piano black menimbulkan satu lagi masalah. Apabila skrin itu mati, skrin multimedia pun nampak macam panel piano black.
Isu kedua ialah ramai pemilik kereta mula jemu disebabkan ada pemilik yang sensitif melihat permukaan berhabuk cenderung untuk mengelap permukaan piano black ini setiap hari. Disebabkan isu ini beberapa pengeluar kenderaan seperti Kia sudah mula tidak menggunakan kemasan hitam berkilat ini


