Artikel Pilihan

VALVE HEAD COVER PLASTIK TAK BAGUS KE?

Penutup injap (valve cover) ialah komponen penting yang berfungsi menghalang minyak enjin daripada bocor keluar melalui bahagian atas enjin diposisikan di atas kepala silinder. Minyak enjin bukan sahaja membantu menurunkan suhu, malah mengurangkan geseran antara komponen logam yang bergerak.

Jadi sebarang kerosakan pada valve cover boleh menyebabkan kebocoran minyak dan berpotensi mendatangkan masalah serius kepada enjin. Tapi kenapa pengeluar kenderaan moden semakin meninggalkan penggunaan valve cover daripada logam kepada plastik?

kalau anda perhatikan sekarang, kebanyakan ruang enjin kereta moden kini dipenuhi komponen plastik. Jawapannya mudah sahaja, plastik lebih murah dan lebih ringan berbanding bahan tradisional seperti logam.

Semenjak era 1970-an, apabila Akta Dasar Tenaga dan Pemuliharaan mewajibkan pengeluar memaparkan angka penggunaan bahan api pada pelekat tingkap kenderaan terutama di pasaran tertenru, industri automotif mula mencari pelbagai cara untuk meningkatkan kecekapan.

Pada waktu yang sama, piawaian Corporate Average Fuel Economy (CAFE) telah diperkenalkan, yang menetapkan tahap minimum kecekapan bahan api bagi mengelakkan didenda oleh pihak berkuasa menerusi cukai.

Menurut laporan tidak rasmi, setiap pengurangan berat kenderaan sebanyak 10% mampu meningkatkan kecekapan bahan api sehingga 8%. Justeru, menggantikan komponen logam yang berat dengan plastik membantu mengurangkan berat keseluruhan kenderaan, sekali gus meningkatkan penjimatan minyak.

Secara umum, peralihan dari penggunaan logam ke plastik mampu mengurangkan kos pembuatan sehingga 50%. Ini kerana proses pembuatan komponen plastik mengurangkan proses pembuatan berbanding logam, membolehkan pengeluaran dilakukan dengan lebih pantas dan efisien.

Walaupun teknologi plastik telah berkembang pesat dan kini lebih kuat serta tahan terhadap haba dan tekanan enjin, penggunaan plastik pada valve cover tetap mempunyai kekurangannya.

Plastik lebih mudah mengalami lenturan, pembengkokan atau perubahan bentuk dari masa ke masa berbanding logam. Memandangkan valve cover berfungsi sebagai ‘penutup’ enjin yang mengekalkan minyak di dalamnya, sebarang kecacatan kecil boleh membawa kesan besar.

Valve cover plastik juga boleh mengalami rekahan halus yang sukar dikesan tanpa pemeriksaan rapi. Malah, rekahan ini kadangkala boleh berlaku semasa kerja penyelenggaraan biasa. Sebab itu, apabila perlu menukar gasket, sesetengah mekanik menyarankan agar keseluruhan valve cover turut diganti sekiranya berlaku kebocoran serius

Walaupun jelas mengapa pengeluar memilih plastik, tidak semua pihak bersetuju dari sudut estetika. Bagi peminat automotif geng orang lama, membuka bonet dan melihat enjin yang dipenuhi penutup plastik besar tidak memberi kepuasan yang sama seperti enjin klasik dengan komponen logam.

Lihat sahaja kebanyakan enjin produksi terbaik sepanjang sejarah, majoritinya tidak menggunakan plastik besar sebagai pengganti logam. Namun bagi yang mementingkan penampilan, masih ada jalan penyelesaian. Valve cover tetap boleh dicat atau diubah suai untuk kelihatan lebih menarik, tidak kira sama ada ia diperbuat daripada plastik atau logam.

Google ads
Back to top button