Artikel Pilihan

INILAH GAYA MERCEDES SINDIR KEKALAHAN FERRARI DALAM F1

Iklan dalam bentuk video sering digunakan oleh pengeluar kereta untuk melariskan jualan mereka. Ia biasanya dihasilkan sekreatif mungkin untuk menarik minat kita semua menontonnya. Malah ia juga akan mempamerkan kehebatan kereta tersebut memecut di litar dan menghasilkan kepulan asap bila melakukan aksi drift (padahal kereta segmen C untuk dalam bandar je pun). Lain pula halnya dengan Mercedes yang menghasilkan videp seolah-olah menyindir saingan terdekat mereka dalam F1, Ferrari.

Video ini dihasilkan untuk tontonan di Youtube oleh MercedesBenzItalia dan seolah-olah mempunyai kaitan dengan persaingan kedua syarikat terbabit dalam persaingan F1 pada tahun ini.

Iklan tersebut memaparkan sebuah Mercedes-Benz AMG GT R yang ditutup dengan sehelai selimut berwarna merah yang kemudiannya dilepaskan ke dalam litar sambil memecut laju seperti dalam rakaman rancangan permotoran. Menariknya litar tersebut berada di Modena, Itali.

Rasanya semua peminat dunia automotif pun tahu yang Modena ni memang merupakan tempat lahirnya Ferrari. Kalau di Malaysia kira Rawang la ni kan?

BACA: FERRARI UGUT TINGGALKAN F1 – TIDAK PUAS HATI DENGAN PERATURAN BARU

Selepas melakukan aksi-aksi biasa di dalam litar, GT R ini pun memecut keluar dan memasuki kota Maranello. Nampak permainan Mercedes kat sini. Maranello merupakan ibu pejabat terkini Ferrari selepas Modena.

Di kota ini dengan selambanya GT R berwarna hijau ini meluncur melintasi kilang pembuatan Ferrari sambil diperhatikan oleh seekor kuda berwarna hitam. Pergh, baik punya menyindir Mercedes ni.

Di akhir iklan, GT R itu dilihat meninggalkan Maranello seolah simboliknya mereka berjaya meninggalkan Ferrari dalam kejuaraaan F1 pada tahun ini. Mereka merangkul kejuaraan pengeluar dan pelumba menerusi Lewis Hamilton.

Pun begitu Mercedes dilihat menghargai cabaran Ferrari dengan ayat disertakan dalam video tersebut – “Nilai sebuah kemenangan hanya boleh ditemui selepas bertemu lawan yang kuat”. Ia cukup untuk menggambarkan kegembiraan Mercedes bila berjaya menewaskan Ferrari sekali lagi.

VIDEO:

Google ads
Back to top button