
LYKAN HYPERSPORT FAST & FURIOUS 7 HENDAK DIJUAL. KONDISI BURUK, HARGA BERMULA RM3.08 JUTA
Sebuah Lykan Hypersport yang pernah digunakan sebagai kereta aksi lasak dalam filem Fast & Furious 7 bakal dijual pada harga sekitar AS$750,000 (RM3.08j juta) hingga AS$2.5 juta (RM10.3 juta). Â
Lykan mendakwa pada asalnya ia hanya menghasilkan tujuh unit Hypersport, tetapi membina tiga lagi unit tambahan bagi tujuan penggambaran filem tersebut. Apa yang pasti beberapa unit telah rosak sepanjang penggambaran kerana ia dibina menggunakan kerangka besi murah dan panel badan Hypersport di bahagian atasnya.
Walaupun gaya luarannya sama dengan model produksi, tetapi ia menggunakan rangkaian kuasa yang berbeza. Malah, model yang disenaraikan di Rubix Market itu dipasang dengan enjin 2.7 liter berkuasa cuma 240hp. Sebagai perbandingan, model produksi menggunakan enjin turbo berkembar 3.7 liter yang dibangunkan oleh Ruf berkuasa 769hp.
Rubix Market juga menyatakan unit itu tidak berada dalam kondisi terbaik. Sebagai contoh, cermin sisi sudah tercabut. Selain terdapat banyak calar pada bahagian badan dan cermin. Kluster instrumen dan paparan infohibur juga sudah rosak.
Selain kereta, pembeli akan menerima beberapa aset digital seperti kolaj jentera berkenaan.Â
- BACA: KOLEKSI KERETA MILIK VIN DIESEL – BELI TUNAI NI, BUKAN LOAN 9 TAHUN
- BACA: DITAYANGKAN BULAN DEPAN. FAST & FURIOUS DENGAN CERITA YANG MAKIN TAK REALISTIK
- BACA: INILAH KERETA-KERETA YANG DIHASILKAN MENGGUNAKAN EMAS DAN PELBAGAI LOGAM MAHAL LAIN
- BACA: SUPERCAR PADANG PASIR – ZAROOQ SANDRACER 500GT MULA DIPRODUKSI DI UAEÂ






