Artikel PilihanBuletin

ANAK LELAKI VIN DIESEL BAKAL MUNCUL DALAM FAST 9

Walaupun francis epik ataupun saga The Fast and the Furious terbaru ini sudah semakin berkembang dan merepek tetapi masih diminati dan ditunggu oleh ramai peminat di seluruh dunia. Siri filem ini dikatakan akan berakhir selepas Fast 11 tetapi filem terbaru, Fast 9 terpaksa ditunda tayangannya untuk beberapa kali akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Sepatutnya ia ditayangkan pada Memorial Weekend 2020, kemudian ditunda kepada Memorial Weekend 2021 dan akhirnya sekali lagi ditunda ke bulan Jun 2021. Tiga bulan lagi tu weh. Tak lama dah. Harap-harap pandemik ni akan berakhir dan boleh tengok hero-hero tak berambut ni beraksi lagi.

Okey balik ke tajuk di atas, kali ini anak Diesel yang baru berusia 10 tahun akan turut berlakon. Kira kroni jugak la ni. Tapi okey la sebab ini filem bapak dia sendiri yang bikin. Bukannya dia sebat duit rakyat.

Diesel junior ni akan membawakan watak Dominic Toretto sewaktu kanak-kanak. Berapa bayaran yang diterima budak ni? Hmm boleh tahan, USD 1,005 sehari boh bersamaan dengan RM4,152 sehari! Kalah teruk kita yang dah veteran ni weh.

Okey siapa watak jahat kali ini? Selepas F8, kru-kru Toretto ingat boleh bersantai lama sikit rupanya muncul watak antagonis baru yang merupakan abang beliau sendiri. Eh, bila dia ada abang? Korang pun mesti tak tahu kan. Biasalah dah nama pun filem rekaan. Senang cerita ada dua watak antagonis dalam filem terbaru ini. Abang Dom yang dilakonkan oleh John Cena dan Cipher, hackers wanita dari filem sebelum ini.

Untuk melihat gambaran aksi yang bakal ditayangkan dan model-model kereta yang bakal muncul, saksikan je trailer kat bawah ni.

Google ads
Back to top button