
ISI MINYAK HELIKOPTER DI STESEN SHELL, JURUTERBANG DICARI POLIS
Pelanggan di sebuah stesen minyak di Garwolin, Warsaw, Poland terkejut dengan kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di stesen untuk mengisi bahan api.
Menurut laporan Daily Star, kejadian luar biasa itu sempat dirakam oleh pelanggan yang berada di stesen minyak sebelum memuat naik di laman sosial.
Rakaman menunjukkan helikopter berwarna hitam mendarat di stesen itu dan juruterbang dengan selamba keluar mengisi bahan api. Pelanggan yang berada di lokasi tergamam dan sekadar perhatikan gelagat juruterbang terbabit.

Selesai mengisi bahan api, juruterbang membuat bayaran sebelum memasuki kokpit dan berlepas.
Seorang pelanggan enggan dikenali memberitahu penyiar stesen televisyen tempatan Polsat News: “Saya telah melihat banyak perkara dalam hidup saya tetapi helikopter mendarat di stesen minyak, ia luar biasa.”
Pihak polis kini menyiasat kejadian itu setelah ia tular di YouTube sehingga mendapat lebih 350,000 tontonan dan 500 komen.
Jurucakap polis Poland, Marek Kapusta memberitahu pihaknya sedang melakukan siasatan di bawah pengawasan pejabat pendakwa. – Sinar Harian
- BACA: SELEPAS 50 TAHUN, KHIDMAT 12 UNIT HELIKOPTER NURI DIREHATKAN
- BACA: PESAWAT PIA TERHEMPAS DI KAWASAN KEDIAMAN DI PAKISTAN. LEBIH 107 DIKHUATIRI MAUT
- BACA: CHINA PERTIMBANG PERKENAL PESAWAT PENGEBOM XIAN H-20. BOLEH BURUKKAN LAGI KETEGANGAN SEDIA ADA
- BACA: CHINA PERTIMBANG PERKENAL PESAWAT PENGEBOM XIAN H-20. BOLEH BURUKKAN LAGI KETEGANGAN SEDIA ADA