Buletin

TRUMP KATA MINAT FORD GT EDISI KARBON. TAPI BILA DENGAR HARGA RM3.3 JUTA, TAK JADI BELI

Sebelum menjadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump biasanya menaiki limosin mewah dan pernah memiliki beberapa jentera eksotik seperti Lamborghini Diablo yang dijual pada harga AS$460,000 (RM2 juta) semasa 2016.

Dia dilihat masih berminat dengan supercar mid-engine dan menyatakan minat ke atas Ford GT ketika melawat kilang Ypsilanti di Michigan, di mana Ford turut menghasilkan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kegunaan barisan hadapan.

The Detroit Free Press melaporkan Trump kagun dengan model GT edisi karbon tahun 2020 dan memberitahu pegawai Ford bahawa dia mahu membelinya.   

“Tetapi apabila tahu harga produk halo Ford itu berharga AS$750,000 (RM3.3 juta). Saya kata, tak payah lah. Kereta ini memang hebat kan?” kata Trump kerapa Presiden Eksekutif Fordm Jim Hackett dan Pengerusi Eksekutif Ford, Bill Ford Jr.  

Trump juga memberitahu para pegawai Ford dia baru-baru ini ada menonton filem Ford v. Ferrari dan berminat untuk melihat GT secara dekat.

Jadi, Ford telah menghantar sebuah GT model V8 era Le Mans tahun 2000 edisi karbon untuk memenuhi keinginan Trump.

Ford GT 2020 kini berkuasa 660hp. GT MK 11 buatan tahun 2019 merupakan model paling ekstrem dan ditawarkan pada harga AS$1.2 juta (RM5.2 juta). Model untuk kegunaan trek itu terhad kepada 45 unit sahaja di seluruh dunia.

Ia menggunakan enjin 3.5 liter EcoBoost V6 yang ditala untuk menghasilkan kuasa 710PS.

Google ads
Back to top button