
PUSAT 3S ISUZU TEMERLOH KINI DIBUKA – TAMPIL BAHARU, SEDIA PELBAGAI KEMUDAHAN
Bagi memudahkan penduduk di sekitar Temerloh, Pahang, Isuzu baru-baru ini merasmikan Pusat 3S Isuzu Temerloh yang telah diperbaharui.
Cawangan dikendalikan oleh Pacific Motor Sdn Bhd itu menampilkan identiti korporat Isuzu Malaysia serta menyediakan kemudahan jualan dan lepas jualan untuk memenuhi keperluan pelanggan Isuzu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, kemudahan baharu tersebut sarat ciri moden dan lengkap yang mampu memenuhi keperluan pelanggan, baik sedia ada atau untuk tahun-tahun ke hadapan.

“Pembukaan kemudahan baharu yang dipertingkatkan seperti di Pusat 3S Isuzu Temerloh ini akan memperkukuhkan lagi sasaran kami untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan dengan jaminan menepati setiap daripada jangkaan mereka,” jelas Okazoe.
Pusat 3S Isuzu Temerloh meliputi kawasan seluas 7,000 meter persegi, membolehkannya memuatkan semua lori dan trak Isuzu yang datang untuk penyelenggaraan selain dilengkapi enam ruang servis.
Di dalam kemudahan baharu ini disertakan juga ruang menunggu yang selesa, lengkap dengan hidangan ringan sambil pelanggan boleh mendekati model Isuzu D-Max terbaharu dalam ruang pameran.

Pahang kekal menjadi lokasi strategik dan penting untuk Isuzu Malaysia dalam membantu trak Isuzu mendominasi 72 peratus pasaran sejak Januari hingga Julai tahun ini, menjadikannya negeri No. 1 bagi perkongsian pasaran oleh syarikat.
Selain itu, jualan bagi model generasi ketiga Isuzu D-Max meningkat naik sebanyak 7.2 peratus antara Januari dan Ogos tahun ini, menyumbang kepada penguasaan pasaran sebanyak 24.4 peratus.
Pusat 3S Isuzu Temerloh terletak di Bangunan Tanjung Keramat, Batu 1 Jalan Mentakab dan beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
- BACA: ISUZU UK DAN WELSH RUGBY UNION SAMBUNG KERJASAMA LAGI SEHINGGA TAHUN 2025
- BACA: ISUZU PERNAH HASILKAN ENJIN V12 UNTUK F1
- BACA: AIM EV SPORT 01, HASIL REKAAN FIRMA YANG DITERAJUI PEREKA VETERAN SHIRO NAKAMURA (NISSAN, ISUZU, GM)
- BACA: KILANG ISUZU PINDAH DARI THAILAND KE INDONESIA, PRODUKSI SEAWAL TAHUN DEPAN