Artikel Pilihan

VAN KE BAS PERSIARAN NI? LAIN MACAM DIA PUNYA SERVIS

Di negara tetangga Indonesia, selain daripada perkhidmatan bas wujud sebuah lagi mode pengangkutan bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan pengangkutan yang lebih selesa, lebih eksklusif dan boleh dijemput / dihantar hingga ke depan pintu rumah.

Untuk yang tidak tahu, sistem bas persiaran di Indonesia ini terbahagi kepada dua. Satu jenis yang Ekonomi dan satu lagi kelas Eksekutif / Business. Kelas Ekonomi ini biasanya terdiri daripada bas persiaran yang agak uzur dengan bunyi kriuk kriuk di segenap sudut bas serta paling penting tingkap boleh dibuka. Tak ada penyaman udara.

Non AC istilah di sana. Silap hari bulan, ada penumpang yang duduk bersila panggung atas lantai akibat kehabisan tempat duduk. Yang penting, sampai ke destinasi.

Manakala definasi Bas Eksekutif  kebiasaannya didominasi oleh bas generasi baharu yang serba moden serta mempunyai kerusi yang empuk dan paling penting ada penyaman udara. Barulah selesa walau pun harganya mungkin lebih mahal daripada Bas Ekonomi.

Dan wujud sebenarnya satu segmen yang agak niche, iatu pengangkutan menggunakan perkhidmatan travel untuk bergerak ke destinasi utama di Tanah Jawa. Kebiasannya, model kenderaan yang dipilih untuk dijelmakan sebagai transportasi travel ini adalah Isuzu ELF yang telah disumpah untuk menjadi microbus dengan ciri yang lebih mewah berbanding tipikal sebuah van biasa.

Dan model ELF yang dilihat ini adalah milik salah satu perusahaan yang ada di sana Penjor Travel yang melayani dua lokasi utama diantara Kota Malang dan juga Bali. Jelas sekali, pemilihan Bali sebagai lokasi destinasi dilihat tepat memandangkan Bali adalah pusat tumpuan pelancongan baik untuk warga setempat mahupun pelancong dari luar negara.

Satu ciri bonus dan penting yang ditawarkan untuk perkhidmatan travel sebegini ianya menawarkan servis untuk menjemput di rumah / lokasi yang dipersetujui dan menghantar ke destinasi ke tujuan terus ke dapan lobi hotel. Tak perlu lagi dah nak usung beg ke stesen bas besar.

Adalah menjadi keutamaan buat para penguasaha travel di sana untuk menawarkan perkhidmatan yang eksklusif termasuklah penggunaan ELF yang ditempah secara kustom melalui perusahaan karoseri pembuatan ELF yang lebih mewah seperti mana yang telah disiapka oleh Adi Putro ini. Di dalam ELF ini, tempat duduk penumpang telah dihadkan sehingga ke 9 kerusi penumpang sahaja tidak termasuk satu kerusi untuk pemandu untuk tarifan kelas Super Executive. Penumpang bebas memilih tempat duduk mengikut citarasa.

Dengan kerusi ala tempat duduk bas mewah, sudah pastinya keselesaan bukan lagi menjadi kekhuatiran penumpang. Siap ada selimut, snek ringan tersedia dan juga tempat pengecasan gadjet. Sahih lena sepanjang perjalanan.

Tiket yang dibayar (beza lebih kurang Rp100,000 = RM30 berbanding untuk tiket bas) juga sudah termasuk dengan tambang feri penyeberangan serta kupon makan malam (sekali makan sahaja).

Naik waktu petang, masuk dalam kenderaan terus lena dengan selesa. Berhenti makan + penyeberangan Selat Bali = tahu tahu aja sampai depan hotel. Menarik bukan?

Agak – agak kalau ada pelayanan sebegini jemput dan hantar secara peribadi, dari Sentul terus sampai depan hotel di Tanjung Bungah. Fuhh!

Kredit Foto : Tangkap Layar YT Adi Putro Official

BACA : ALKISAH PEMBUATAN KAROSERI INDONESIA

BACA : INDUSTRI MICROBUS DI INDONESIA – APA BARANG GUNA VAN DARI CHINA

Google ads

B K

Back to top button