Buletin

ISUZU FUN RIDE 2023 DI IPOH CATAT 750 PENYERTAAN

Diadakan di Ipoh, seramai 750 pengayuh basikal menyertai acara Isuzu Fun Ride 2023 yang dianjurkan oleh Weng Fatt Otomobil, pengedar sah Isuzu Malaysia, sempena pembukaan rasmi wajah baharu pusat 3S syarikat itu.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Pinji, YB Goh See Hua bersama Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe, serta Ketua Pegawai Operasi, Kenkichi Sogo dan Pengarah Weng Fatt Otomobil, Cheng Kah Yik.

Bercakap di pembukaan acara, YB Goh memuji Isuzu Malaysia serta Weng Fatt Otomobil kerana meraikan aktiviti mesra alam dan dalam masa sama, menyelami sisi hening Ipoh.

“Acara seperti ini tidak hanya membolehkan peserta lebih menghargai bandar-bandar dengan pesona uniknya, tetapi juga sebuah acara kayuhan yang sesuai untuk semua tahap pengayuh,” jelas YB Goh.

Untuk rekod, Isuzu Fun Ride 2023 meliputi jarak 40km dan bermula dari kemudahan 3S Isuzu di Jalan Raja Permaisuri Bainun sebelum kembali semula ke bilik pameran berkenaan.

Selain itu, peserta juga disambut dengan hidangan ringan termasuk mencuba nasib dalam peraduan cabutan bertuah.

“Sebagai sebuah jenama prihatin terhadap alam sekitar, Isuzu selalu peka terhadap keperluan untuk membangunkan masyarakat bertanggungjawab dan sihat.

“Acara seperti ini menyediakan peluang tersebut untuk mewujudkan aktiviti bersama keluarga yang menyeronokkan serta sihat,” jelas Okazoe.

Selain Ipoh, Isuzu Fun Ride juga bakal diadakan di lokasi lain dan sebarang maklumat lanjut sila layari pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/

Google ads
Back to top button