Buletin

ISUZU ELF MIO 1.9L, GUNA LESEN STANDARD, ATASI KEKURANGAN PEMANDU DI JEPUN

Isuzu memperkenalkan Elf mio 1.9 liter dan satu-satunya lori kecil diesel di Jepun boleh dipandu menggunakan lesen standard atau biasa yang dihadkan kepada kotak gear automatik.

Pengenalan Elf mio adalah jawapan kepada cabaran yang dihadapi di Jepun.

Kekurangan pemandu bukan sahaja memberi kesan kepada logistik batuan terakhir tetapi juga orang yang bekerja sendiri di dalam pelbagai bidang.

Penurunan kadar kelahiran dan masyarakat yang menua telah menyumbang kepada kekurangan pekerja dan menampung kekurangan pemandu di dalam ekonomi domestik merupakan satu keutamaan.

Isuzu melihat peluang dan bagi meluaskan kelompok asas pemandu, syarikat telah menggalakkan pembangunan lori kecil dengan enjin diesel ekonomikal dan boleh dipandu menggunakan lesen biasa.

Dari situ Elf mio dilahirkan dan Isuzu sebelum ini memperkenalkan Elf mio EV yang juga boleh dipandu dengan lesen sama.

Undang-undang Jepun yang disemak pada 2017 menetapkan pemandu perlu mempunyai lesen berlainan kelas bagi memandu kenderaan dengan berat 3.5 tan atau lebih.

Elf mio EV kurang sepuluh kilogram (kg) berbanding tetapan tersebut manakala Elf mio diesel mempunyai berat 3,435 kg.

Ciri-ciri utama Elf mio 2024:

  • Digerakkan enjin 1.9 liter diesel RZ4E
  • 120 ps dan tork 320Nm dengan kapasiti muatan 1.5 tan
  • Kotak gear automatik enam kelajuan
  • Kapasiti muatan maksimum 1.35 tan
  • Jenis badan cab tunggal, cab dua baris dan Space Cab dengan ruang tambahan belakang kerusi
  • Varian premium SE Custom dilengkapi perehat tangan, kerusi dengan pemanas, brek parkir elektrik
  • Warna Pale Blue dan Dark Khaki Metallic khusus untuk Elf mio selain warna asas Arc White
  • Sistem Pencegahan Tersalah Tekan Pedal, Brek Pra Pelanggaran (pemanduan lurus)

Selari dengan kenderaan pintar pada hari ini, khidmat PREISM Isuzu membolehkan pengguna mengawasai keadaan kenderaan menggunakan teknologi terhubung.

Di antara fungsi seperti tanda-tanda kerosakan dan pencegahan serta pembaikan serta-merta apabila berlaku kerosakan.

Aplikasi PREISM membolehkan pemilik memeriksa kenderaan melalui telefon pintar. Khidmat lain juga tersedia seperti pemakluman pemeriksaan kenderaan dan tarikh penyelenggaraan.

Satu lagi yang menarik ialah selain pengedar Isuzu, pelanggan juga boleh memesan lori ini melalui kedai dalam talian Elfmio Store dan menggunakan telefon pintar.

Spesifikasi Isuzu Elf mio (Cab tunggal lantai rata rendah):

  • Ukuran: 4,690 (p) x 1,695 (l) x 1,960 (t) mm
  • Dalaman kargo: 3,120 (p) x 1,620 (l) x 380 (t) mm
  • Kapasiti muatan maksimum: 1,300 kg
  • Berat keseluruhan kenderaan: 3,435 kg
  • Muatan: 3 orang

Isuzu menyasarkan jualan sebanyak 5,000 buah pada tahun fiskal 2024 dan ditawarkan pada harga 3,655,000 yen (RM110,924).

Google ads
Back to top button