Advertorial

JAECOO J5: SUV B-SEGMEN MIRIP MINI RANGE ROVER. SPESIFIKASI DI LUAR KELAS

Jaecoo J5: SUV B-Segmen Mirip Mini Range Rover. Spesifikasi Di Luar Kelas

Menjelang kemunculan rasminya di pasaran Malaysia, Jaecoo J5 tampil sebagai sebuah SUV B-segmen yang jelas mahu melakukan sesuatu yang luar biasa. Dengan harga anggaran sekitar RM120,000, J5 diposisikan untuk menarik perhatian pembeli yang mahukan rupa premium, teknologi canggih dan pengalaman pemanduan lebih matang, tanpa perlu melangkah ke segmen C-SUV yang lebih mahal.

Dari sudut rekaan luaran, Jaecoo J5 tampil dengan rekaan Refined Ruggedness seperti dengan imej SUV moden, kemas dan sasa falsafah sama seperti yang digunakan oleh Range Rover. Dari jauh SUV ini kelihatan seperti kembar Evoque

Rekaan SUV Moden, Tegas dan Premium

Jaecoo J5 menampilkan rekaan berkotak yang kukuh digandingkan dengan garis badan bersih dan menampilkan imej SUV yang garang. Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu utama projektor bersama rekaan LED serta lampu siang (DRL) yang tajam, memberikan wajah yang moden dan bertenaga.

Jeriji hadapan Jaecoo datang dengan unsur Waterfall pula mencipta profil tegak dan maskulin, menguatkan identiti SUV sebenar walaupun berada dalam segmen B. Di bahagian belakang, rekaan lampu LED yang minimalis dengan bentuk segi empat bujur menghasilkan kemasan yang kemas dan kontemporari, menyatu rapi dengan pintu but. Secara keseluruhan, J5 kelihatan lebih “mahal” berbanding harganya.

Suspensi Multi-Link Belakang: Jarang Dalam Kelas Ini

Antara USP paling kuat Jaecoo J5 ialah penggunaan suspensi belakang jenis multi-link, satu konfigurasi yang amat jarang ditemui dalam SUV B-segmen, di mana kebanyakan pesaing masih bergantung kepada suspensi torsion beam yang lebih ringkas.

Dengan suspensi multi-link, setiap roda belakang mampu bergerak secara bebas mengikut keadaan jalan. Hasilnya ialah keselesaan yang lebih baik, cengkaman lebih konsisten dan kestabilan pemanduan yang lebih tinggi. Sama ada melalui jalan bandar yang tidak rata atau perjalanan jarak jauh, J5 menjanjikan pemanduan lebih seimbang dan kawalan lebih yakin, sekaligus menaikkan tahap dinamik pemanduan melepasi jangkaan segmennya.

Bumbung Kaca Panoramik 1.45 m²: Rasa Lapang & Premium

Jaecoo J5 turut menawarkan bumbung kaca panoramik bersaiz 1.45 meter persegi, antara yang terbesar dalam kelasnya. Kaca luas ini membanjiri kabin dengan cahaya semula jadi, mewujudkan suasana yang terang, lapang dan eksklusif.

Penumpang hadapan dan belakang sama-sama dapat menikmati pengalaman perjalanan langit terbuka yang biasanya hanya ditawarkan pada SUV lebih mahal.

Ruang But Terbesar Dalam Segmen

Dari aspek praktikaliti, Jaecoo J5 sekali lagi menonjol. Ia menawarkan ruang but 480 liter tanpa melipat tempat duduk, menjadikannya antara yang terbaik dalam kelas SUV B-segmen. Ruang ini cukup untuk kegunaan harian, barangan besar, stroller, bagasi atau sangkar haiwan peliharaan.

Apabila tempat duduk belakang dilipat, kapasiti meningkat sehingga sekitar 1,180 liter, memberikan fleksibiliti maksimum untuk kegunaan keluarga dan aktiviti hujung minggu.

Skrin Infotainmen 13.2 Inci 2K & Kamera 540°

Di dalam kabin, tumpuan utama sudah tentu pada skrin infotainmen bersaiz 13.2 inci dengan resolusi 2K. Paparannya tajam, responsif dan memudahkan akses kepada navigasi, hiburan serta tetapan kenderaan.

Jaecoo J5 juga dilengkapi sistem kamera 540°, memberikan penglihatan tambahan sekeliling yang menyeluruh untuk memudahkan parkir, mamasuki parkir di ruang sempit dan meningkatkan tahap keselamatan.

Struktur Badan Kukuh Dengan Torsional Rigidity Tinggi

Dari sudut kejuruteraan, Jaecoo J5 dibina dengan ketegaran kilasan (torsional rigidity) sehingga 23,500 Nm/deg, satu angka yang dianggap terunggul dalam kelasnya. Struktur badan yang kukuh ini membantu meningkatkan keselamatan, kestabilan pengendalian dan kesenyapan kabin.

Ketegaran tinggi ini juga mengurangkan getaran, mengekalkan bentuk badan ketika menerima tekanan, dan memberikan rasa pemanduan yang lebih yakin serta solid.

Sistem ADAS Tahap 2+: Piawaian Baharu Keselamatan Dalam Kelasnya

Bagi aspek keselamatan dan bantuan pemandu, Jaecoo J5 dilengkapi sistem Advanced Driver Assistance System Tahap 2+ (ADAS L2+), yang direka untuk meningkatkan keselamatan serta mengurangkan beban pemanduan harian. Sistem ini menggabungkan rangkaian sensor pintar, pemprosesan berasaskan kecerdasan buatan dan ciri bantuan pemandu yang lebih sofistikated.

Antara fungsi utama yang ditawarkan termasuk Adaptive Cruise Control untuk pemanduan lebuh raya yang lebih santai, Curve Speed Assistance bagi menyesuaikan kelajuan ketika melalui selekoh, serta Forward Collision Warning dan Automatic Emergency Braking yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran. Sistem ini turut disokong oleh Lane Departure Warning, memastikan kenderaan kekal berada dalam lorong dengan lebih selamat.

Gabungan ciri-ciri ini menjadikan Jaecoo J5 sebagai antara SUV B-segmen yang menawarkan set ADAS paling lengkap dan matang, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam kelasnya.

Material Tempat Duduk Mesra Haiwan Peliharaan Disahkan TÜV

Satu lagi keunikan Jaecoo J5 ialah pendekatannya yang mesra gaya hidup moden, termasuklah pada pemilik haiwan peliharaan. SUV ini menggunakan material tempat duduk yang disahkan TÜV, dibangunkan dengan bahan rendah VOC (Volatile Organic Compounds) serta kualiti udara dalaman yang lebih bersih dan selamat.

Pendekatan ini bukan sahaja memberi persekitaran kabin yang lebih sihat untuk penumpang, malah lebih sesuai untuk haiwan peliharaan ketika perjalanan jarak dekat atau jauh. Permukaan tempat duduk yang licin, mudah dibersihkan dan ruang belakang yang luas menjadikan J5 pilihan praktikal untuk keluarga yang gemar membawa haiwan kesayangan bersama.

Aksesori Gaya Hidup & Fungsi Hiburan Dalam Kereta

Menariknya, Jaecoo J5 juga menawarkan fungsi hiburan dalam kabin seperti sistem karaoke terbina dalam, satu ciri unik yang jarang ditemui dalam SUV B-segmen. Fungsi ini menjadikan perjalanan keluarga, percutian hujung minggu atau sekadar masa santai dalam kereta lebih menyeronokkan, sekaligus memperkukuh identiti J5 sebagai SUV berorientasikan gaya hidup, bukan sekadar alat pengangkutan

Bagi yang sudah tertarik dengan gabungan rekaan premium, teknologi canggih dan nilai kompetitif yang ditawarkan, Jaecoo J5 kini dibuka untuk tempahan awal di Malaysia. Pelanggan berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan J5 melalui sesi pandu uji di bilik pameran terdekat.

Tempahan pandu uji boleh dibuat secara mudah melalui laman rasmi OMODA & JAECOO Malaysia, membolehkan bakal pemilik menilai sendiri keselesaan, ruang kabin dan teknologi yang ditawarkan sebelum pelancaran rasmi.

Untuk perkembangan terkini, spesifikasi penuh dan maklumat lanjut menjelang pelancaran, orang ramai digalakkan untuk mengikuti saluran rasmi OMODA & JAECOO Malaysia di platform media sosial.

Google ads
Back to top button