Advertorial

MCLAREN RACING UMUM MOTUL SEBAGAI PEMBEKAL RASMI PASUKAN FORMULA 1 MCLAREN

McLaren Racing mengumumkan kerjasama baharu dengan Motul, jenama pelincir terkemuka dunia, yang kini dilantik sebagai Pembekal Rasmi Pasukan Formula 1 McLaren bermula musim 2026.

Melalui kerjasama ini, Motul akan membekalkan pelincir transmisi berprestasi tinggi khusus untuk jentera McLaren di pentas Formula 1.

Pengalaman luas Motul dalam inovasi produk serta reputasi globalnya menjadikan jenama itu rakan strategik yang seiring dengan matlamat McLaren dalam mengejar prestasi teknikal terbaik.

“Kami gembira menyambut Motul sebagai sebahagian daripada keluarga McLaren. Dengan sejarah panjang mereka dalam bidang inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan, kami yakin kerjasama ini bakal memberi nilai besar kepada pasukan kami,” kata Ketua Pegawai Komersial Bersama McLaren Racing, Nick Martin.

Bagi pihak Motul, Ketua Pegawai Jenama dan Komunikasi, Andreea Culcea, menyifatkan kerjasama itu sebagai satu titik penting dalam perjalanan syarikat mereka.

“Ini adalah kepulangan Motul ke dunia Formula 1, arena yang sinonim dengan detik bersejarah dan penuh cabaran dalam sejarah kami. Kami berbesar hati kerana dapat menyumbang kepakaran serta rangkaian pelincir berprestasi tinggi untuk menyokong salah satu pasukan paling ikonik dalam sukan ini,” katanya.

Kerjasama McLaren-Motul ini dijangka memperkukuh lagi warisan kedua-dua pihak dalam bidang inovasi dan perlumbaan bertaraf dunia.

Google ads
Back to top button