Advertorial

SERBA MEWAH, SERBA PINTAR – XPENG X9, MPV ELEKTRIK YANG MENGUBAH SEGALANYA

XPENG X9 hadir sebagai MPV elektrik premium yang benar-benar mengubah definisi keselesaan moden.

Dengan ruang kabin yang luas, teknologi pintar serba lengkap dan ciri keselamatan bertaraf tinggi, model ini direka untuk memenuhi gaya hidup keluarga masa kini – memberikan kemewahan, ketenangan serta kesambungan digital sepanjang perjalanan.

Dari saat pintu dibuka, suasana “first-class comfort” jelas terasa. Tempat duduk baris pertama dilengkapi Active Massage Seats yang memberi urutan lembut ketika memandu, sempurna untuk perjalanan jauh.

Baris kedua pula menawarkan Zero-Gravity Reclining Seats, membolehkan penumpang berbaring hampir rata untuk keselesaan maksima, seolah-olah berada di kabin kelas premium sebuah jet peribadi.

Baris ketiga tidak kurang hebatnya, hadir dengan power headrest dan power backrest yang boleh dilaras mengikut keselesaan setiap penumpang.

Untuk keluarga besar atau mereka yang sering membawa banyak barang, XPENG X9 menyediakan ruang kargo sehingga 2,554 liter, menjadikannya antara paling besar dalam segmennya. Tidak kira perjalanan percutian, penghantaran, atau aktiviti riadah, segalanya boleh dimuatkan dengan mudah.

Sistem kawal selia suhu turut dimodenkan dengan Intelligent 5-zone climate control, memastikan setiap penumpang menikmati suhu ideal mengikut zon masing-masing.

Tambahan pula, sistem penyaman udara Wrap-around Central Air-conditioning dengan teknologi Xfreebreath air purification menjadikan udara kabin lebih bersih dan segar.

XPENG X9 juga memanjakan pengguna dengan pelbagai ciri pintar. Paparan 21.4-inci yang menyokong kawalan suara, sentuhan dan kawalan jauh memberi pengalaman infotainment futuristik.

Selain itu, sistem bunyi 23-speaker XOPERA Surround Audio System pula menghasilkan audio bertaraf sinematik, menjadikan hiburan dalam kereta lebih mengasyikkan.

Lebih menarik, terdapat juga peti sejuk elektrik panas & sejuk, ideal untuk menyimpan minuman sejuk, makanan bayi, atau keperluan perjalanan lain.

Dengan reputasinya sebagai MPV elektrik premium No.1 di China pada September 2025, XPENG X9 membuktikan ia bukan sekadar pengangkutan, tetapi sebuah ruang mobiliti masa depan yang benar-benar serba lengkap.

PROMOSI EKSKLUSIF
Setiap tempahan XPENG X9 kini hadir dengan pemasangan percuma pengecas AC Wallbox 11kW bernilai RM5,000, melengkapkan pengalaman pemilikan EV yang lebih mudah dan praktikal.

XPENG X9 turut disertakan dengan:

  • 5 tahun penyelenggaraan berjadual percuma
  • 5 tahun waranti kenderaan
  • 8 tahun waranti bateri & motor elektrik

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi XPENG Malaysia atau mana-mana pusat pengedar bertauliah.

Google ads
Back to top button