
BARU TRY SNICKERS STRAWBERRY DAN… WOW, TAK BOLEH BERHENTI MAKAN
SNICKERS kini tampil dengan kejutan manis yang pasti buat peminat coklat tak senang duduk iaitu memperkenalkan flavour baharu SNICKERS Strawberry!
Flavour baharu ini menggabungkan keaslian coklat susu SNICKERS, karamel pekat, dan kacang rangup dengan sentuhan strawberi yang segar dan manis, satu kombinasi yang unexpected tapi addictive gila!
Kalau sebelum ini SNICKERS terkenal dengan tagline “You’re not you when you’re hungry”, kali ini mereka buktikan bahawa walaupun lapar, anda tetap boleh jadi cool dengan gaya sendiri — selagi ada SNICKERS Strawberry di tangan.
Pelancaran SNICKERS Strawberry bukan sekadar memperkenalkan rasa baharu, tapi turut menandakan perubahan cara jenama ini berhubung dengan generasi muda.

Dengan tenaga dan kreativiti Gen Z yang penuh spontan, SNICKERS menyuntik elemen fun, vibrant dan relatable dalam setiap kempen, termasuk kolaborasi dengan ikon K-pop terkenal, MINGYU dari SEVENTEEN, yang membuat peminat tidak henti bercakap di media sosial.
Ramai peminat K-pop menggelarkan SNICKERS Strawberry sebagai “coklat rasmi fandom”, sebab ia bukan sekadar manis di lidah, tapi juga mencerminkan vibe muda, ceria, dan penuh ekspresi diri.
Sama ada tengah maraton drama Korea, bersiap ke kelas, atau sekadar nak kudapan cepat sebelum gym, bar coklat ini memang kena dengan gaya hidup on-the-go.
Apa yang menjadikan SNICKERS Strawberry menarik bukan sahaja rasa strawberinya yang manis, tapi teksturnya yang kekal chunky dan satisfying.
Kalau anda jenis yang sentiasa sibuk, belajar, kerja, bersenam, atau scroll TikTok sampai lupa makan, SNICKERS Strawberry memang penyelamat terbaik. Ia kecil, senang dibawa, dan paling penting… rasa dia tak boleh move on.

Pelancaran ini menandakan langkah berani SNICKERS untuk memperkenalkan inovasi baharu yang lebih dekat dengan citarasa remaja dan anak muda masa kini.
Dah cuba SNICKERS Strawberry belum? Versi baru memang lain macam, gabungan nutty vibes dengan strawberry twist yang buat MINGYU pun tak boleh berhenti makan!
Bayangkan setiap gigitan, karamel lembut berperisa strawberi, nougat gebu, dan kacang rangup yang disalut coklat susu premium. Kombinasi manis, lemak dan crunchy ini memang next level.
Kalau anda suka SNICKERS klasik, versi Strawberry ni confirm buat anda jatuh cinta.

