Advertorial

CHERY SUPER HYBRID PHEV – KUASA ELEKTRIK PENGGERAK UTAMA, ENJIN JADI SOKONGAN

Dulu, bila kita dengar perkataan “hybrid”, kita membayangkan kereta petrol yang dibantu sedikit oleh motor elektrik. Tetapi Chery mengubah sepenuhnya formula itu.

Dengan teknologi Chery Super Hybrid (CSH), sistem ini menggunakan kuasa elektrik sebagai teras utama dan enjin petrol berfungsi sebagai sokongan hanya apabila diperlukan. Inilah konsep baharu yang menjadikan TIGGO 7 PHEV CSH dan Tiggo 8 PHEV CSH bukan sekadar tambahan kepada barisan SUV Chery, malah sebagai satu lonjakan ke hadapan dalam dunia elektrifikasi.

TIGGO 7 PHEV CSH – Kuasa Elektrik Dahulu, Petrol Kemudian

Dengan harga kurang daripada RM130,000 seunit, Chery TIGGO 7 PHEV CSH kini memegang gelaran PHEV paling mampu milik di Malaysia, satu pengalaman yang sebelum ini hanya boleh dinikmati oleh pemilik jenama premium.

SUV 5 tempat duduk itu digerakkan oleh sistem enjin 1.5L Turbo Deep Miller Cycle yang digandingkan dengan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) berserta 2 motor elektrik. Gabungan ini menghasilkan kuasa mencecah 279PS dan 365Nm, sekali gus menjadikan TIGGO 7 PHEV CSH antara PHEV paling berkuasa dalam segmennya.

Namun, apa yang lebih menarik ialah cara sistem ini bekerja. SUV ini akan bergerak sepenuhnya menggunakan tenaga elektrik dahulu dan hanya akan menghidupkan enjin petrol apabila bateri sistem hampir habis, apabila perlukan kuasa tambahan atau bila sistem perlu mengecaj semula bateri.

Jarak Mampu Gerak Yang Luar Biasa

Dengan bateri LFP berkapasiti 18.3kWh, TIGGO 7 PHEV CSH boleh bergerak sejauh 90km dalam mode elektrik sepenuhnya. Jarak itu sudah mencukupi untuk kegunaan harian seperti pergi balik ke tempat kerja tanpa menggunakan setitik petrol pun.

Apabila tenaga bateri habis, enjin petrol akan mengambil alih. Dengan tangki sebesar 60 liter, jentera ini mempu memberikan jarak keseluruhan mencecah 1,200km.

Gabungan ini menghasilkan penjimatan bahan api serendah 1.39L/100km, satu angka yang sukar dipercayai kalau bukan kerana sistemnya benar-benar efisien.

Ia lebih menakjubkan kerana bateri ini juga menyokong pengecasan pantas DC (DC fast charging), menjadikan pemandu tidak perlu menunggu lama untuk menambah kuasa elektrik. Sekiranya anda pulang ke kampung yang tiada infrastruktur pengecasan, Chery TIGGO 8 PHEV masih boleh dicaj dengan menggunakan plug 3 pin biasa, mengambil masa sekitar 8.5 jam untuk dicaj dari 10% ke 100%.

Malah bateri ini dilindungi sistem keselamatan berganda lengkap dengan perlindungan air serta habuk dengan Standard IP68 (waterproof & dustproof). Chery juga memastikan bateri yang digunakan boleh beroperasi dalam suhu serendah -35°Celcius sehingga setinggi 60°C.

Dalam situasi kecemasan seperti keselamatan, sistem keselamatan pintar mampu memutuskan bekalan kuasa elektrik dalam masa 2 mili saat sahaja

Teknologi Pintar dan Keselamatan Bertaraf Tinggi

Selain sistem hibrid canggih, Chery turut melengkapkan TIGGO 7 PHEV CSH dengan 21 sistem bantuan pemandu (ADAS) yang merangkumi fungsi Level 2 semi-autonomous.

Antaranya termasuklah Adaptive Cruise Control, Lane Keep Assist, Forward Collision Warning dan Automatic Emergency Braking. Malah SUV ini juga lengkap dengan ciri tambahan seperti Driver Monitoring System (DMS), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Intelligent Avoidance System (IAS), Multi Collision Brake (MCB). Semua ini menjadikan Chery TIGGO 7 PHEV CSH bukan saja efisien, malah antara yang paling selamat dalam kelasnya.

TIGGO 8 PHEV CSH – Untuk Mereka Yang Perlukan Lebih Ruang

Bagi mereka yang mahukan ruang dan kemewahan tambahan, Chery turut menawarkan TIGGO 8 PHEV CSH dengan 7 tempat duduk pada harga yang sangat kompetitif iaitu kurang daripada RM160,000.

Ia menggunakan sistem Super Hybrid yang sama tetapi lebih besar, lebih premium dan direka untuk keluarga besar yang mahukan prestasi tinggi tanpa mahu berkompromi dari segi kecekapan.

Dengan keluasan kabin selesa dan sistem kuasa yang sama efisien, TIGGO 8 PHEV CSH membuktikan bahawa PHEV kini bukan lagi hak eksklusif jenama mewah. Satu ketika dahulu, PHEV dianggap teknologi orang kaya, tetapi dengan pelancaran Chery Super Hybrid, jurang itu hilang sama sekali

TIGGO 7 PHEV CSH membuktikan bahawa teknologi elektrik dan penjimatan ekstrem kini boleh dimiliki oleh semua, tanpa perlu berbelanja sehingga hampir setengah juta ringgit.

Chery bukan sekadar menghasilkan SUV baharu malah teknologi Chery Super Hybrid mereka sedang mengubah landskap automotif global, di mana kuasa elektrik kini menjadi asas dan enjin petrol hanya sekadar pelengkap.

Dengan prestasi hebat, jarak luar biasa, keselamatan bertaraf tinggi dan harga mampu milik menjadikan PHEV Chery Super Hybrid bukan sekadar produk, tetapi penanda arah baharu dalam evolusi automotif dunia.

Google ads
Back to top button