Advertorial

TUTUP TAHUN 2025 DENGAN LEBIH TENANG BERSAMA HYUNDAI YEAR-END PROMOTION

Menjelang penghujung tahun, ramai yang mula berfikir tentang perjalanan jauh, balik kampung, atau ini masa terbaik untuk menukar kereta sebelum melangkah ke tahun baharu 2026.

Selari dengan itu, Hyundai Motor Malaysia meneruskan kempen Year-End Promotion dan Year-End Service Campaign yang memberi fokus kepada dua perkara utama kepada pengguna iaitu penjimatan dan pengalaman pemilikan

Melalui kempen ini, Hyundai membawa mesej jelas bahawa pemilikan kenderaan tidak sepatutnya rumit atau membebankan pengguna. Dengan tema “10% Savings – Easy to Own, Peace of Mind Guaranteed”, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih ganjaran yang paling sesuai dengan gaya hidup masing-masing.

Pelanggan boleh memilih sama ada mahukan manfaat jangka panjang atau penjimatan tunai serta-merta.

Pemilikan Ikut Cara Anda, Bukan Satu Pakej Untuk Semua

Hyundai menawarkan dua pendekatan berbeza yang memberi fleksibiliti kepada pelanggan. Pendekatan pertama lebih sesuai untuk mereka yang melihat pemilikan kenderaan sebagai pelaburan jangka panjang, manakala pendekatan kedua pula menyasarkan mereka yang mengutamakan penjimatan segera.

Bagi pelanggan yang mementingkan kos pemilikan rendah dan ketenangan dalam jangka masa panjang, pakej Total Drive Rewards ditawarkan sebagai penyelesaian menyeluruh. Melalui pakej ini, pemilik Hyundai boleh menikmati servis berkala tanpa perlu risau tentang kos, di samping kadar faedah yang rendah mengikut model.

Hyundai TUCSON ditawarkan dengan kadar faedah serendah 0.8 peratus, diikuti SANTA FE pada 1.26 peratus dan STARIA pada 1.39 peratus. Selain itu, pelanggan juga layak menerima bonus hujung tahun serta ganjaran melalui program myHyundai Rewards yang menawarkan pelbagai faedah tambahan.

Pendekatan ini sesuai untuk mereka yang mahukan pengalaman pemilikan yang lebih tenang, dengan perbelanjaan yang lebih terkawal dan nilai jangka panjang yang jelas.

Untuk Yang Mahukan Penjimatan Segera

Dalam masa yang sama, Hyundai turut memahami bahawa tidak semua orang mahu menunggu manfaat jangka panjang. Untuk itu, pakej Easy2Own – Instant 10% Cash Rebate diperkenalkan bagi mereka yang mahukan penjimatan terus di hadapan mata.

Melalui pilihan ini, pelanggan boleh menikmati rebat tunai sehingga 10 peratus, bergantung kepada model yang dipilih. Sebagai contoh, Hyundai TUCSON ditawarkan dengan rebat sehingga RM19,000, SANTA FE sehingga RM24,000 dan STARIA sehingga RM26,000.

Prosesnya ringkas dan tidak memerlukan komitmen tambahan, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin terus memandu pulang dengan kos permulaan yang lebih rendah.

Tiga Model Utama, Tiga Gaya Hidup Berbeza

All-new Hyundai SANTA FE tampil sebagai SUV keluarga dengan rekaan serba baharu, ruang dalaman yang luas dan teknologi moden. Ini adalah SUV moden yang sesuai untuk mereka yang mahukan keselesaan, ciri keselamatan terkini dan imej yang lebih premium.

New Hyundai TUCSON pula menjadi pilihan untuk pemandu urban yang menginginkan rekaan futuristik, pemanduan seimbang dan kecekapan untuk kegunaan harian. Ia direka untuk mereka yang mahukan praktikaliti tanpa mengorbankan gaya.

Bagi mereka yang memerlukan ruang maksimum, Hyundai STARIA menawarkan kabin yang sangat luas dengan keselesaan bertaraf premium. Sama ada untuk kegunaan keluarga besar atau tujuan perniagaan, STARIA menonjol sebagai MPV yang praktikal dan moden. Hyundai STARIA kini tampil dengan dengan kos pemilikan yang lebih mudah.

Bukan Sekadar Jual Kereta, Servis Pun Dijaga

Kempen hujung tahun Hyundai tidak terhenti pada jualan kenderaan sahaja. Melalui Year-End Service Campaign, pemilik Hyundai sedia ada turut berpeluang memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan hujung tahun.

Kempen ini menawarkan pemeriksaan kenderaan secara percuma, selain penjimatan sehingga 20 peratus untuk minyak enjin dan penapis minyak di semua pusat servis Hyundai

Inisiatif ini menunjukkan komitmen Hyundai dalam memastikan keselamatan dan ketenangan pemilik, bukan sahaja ketika membeli kenderaan baharu, tetapi merangkumi sepanjang tempoh pemilikan.

Penutup Tahun Dengan Pilihan Lebih Bijak

Sama ada anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki Hyundai baharu atau sekadar mahu memastikan kenderaan sedia ada berada dalam keadaan terbaik, kempen Hyundai Year-End Promotion menawarkan pilihan yang fleksibel dan relevan.

Gabungan penjimatan, ganjaran dan fokus kepada ketenangan pemilik, inilah masa yang sesuai untuk menutup tahun dengan keputusan yang lebih bijak dan berbaloi. Untuk maklumat lanjut, sila layari hyundai.com atau kunjungi bilik pameran Hyundai yang terdekat

Google ads
Back to top button