Advertorial

SEASON OF REWARDS: PILIH IKUT GAYA HIDUP, NIKMATI LEBIH NILAI BERSAMA OMODA | JAECOO

Tak semua orang beli kereta atas sebab yang sama. Ada yang mencari kenderaan harian untuk berulang-alik ke tempat kerja, ada yang mahukan keyakinan apabila balik ke kampung atau bercuti dan ada juga yang sudah mempertimbangkan langkah ke arah elektrifikasi. 

Bagi memenuhi semua keperluan pembeli, kempen Season of Rewards oleh OMODA I JAECOO cuba menjawab semua keperluan ini. Bukan hanya dengan satu model, tetapi melalui pelbagai pilihan SUV yang disesuaikan mengikut gaya hidup moden.

Kempen untuk tempoh terhad ini menawarkan ganjaran tunai bernilai sehingga RM14,000, bergantung kepada model dan varian. Sekali gus menjadikan pengalaman pemilikan lebih menarik sejak dari awal.

Untuk Pemandu Urban: J7 2WD

Bagi pemandu yang menggunakan kereta sebagai kenderaan utama di bandar, J7 2WD diposisikan sebagai pilihan yang praktikal dan seimbang. Melalui Season of Rewards, varian ini hadir dengan tawaran servis dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau kadar faedah bank serendah 0.8 peratus yang menjadikan kos pemilikan lebih terkawal.

Dengan jumlah ganjaran bernilai sehingga RM8,000 termasuk diskaun tunai RM3,000, J7 2WD sesuai untuk pemandu yang mahukan SUV moden tanpa perlu berlebihan, tetapi masih menghargai nilai tambahan dalam jangka panjang.

Untuk Yang Mahukan Lebih Keyakinan: J7 AWD

Jika gaya pemanduan anda menuntut sedikit lebih keupayaan dan fleksibiliti laluan yang mencabar, J7 AWD menawarkan pakej ganjaran lebih komprehensif. Di bawah kempen ini, pelanggan berpeluang menikmati servis dan penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun atau ganjaran bernilai RM6,000.

Bakal pembeli juga boleh memilih untuk mendapatkan kadar faedah istimewa serendah 0.7 peratus. Lebih menarik lagi, semua tiga pilihan di atas akan ditemani dengan diskaun tunai sebanyak RM3,000 yag menjadikan jumlah keseluruhan tawaran berjumlah RM12,000.

Ia satu pakej yang jelas memberi fokus kepada ketenangan pemilikan, terutama bagi mereka yang melihat kenderaan sebagai komitmen jangka panjang.

Untuk Masa Depan Elektrifikasi: J7 PHEV

Bagi mereka yang ingin melangkah ke arah elektrifikasi tanpa meninggalkan keselesaan penggunaan harian, J7 PHEV menjadi antara tarikan utama dalam Season of Rewards. Tawaran yang disediakan untuk model ini jelas menunjukkan fokus kepada keyakinan dan kemudahan pemilik.

Antara pilihan promosi yang ditawarkan termasuklah servis dan penyelenggaraan percuma selama tujuh tahun atau ganjaran bernilai RM5,000. Selain itu, J7 PHEV hadir dengan pakej istimewa yang merangkumi jaminan bateri selama 10 tahun atau 200,000km, serta pengecas dinding secara percuma.

Turut ditawarkan ialah diskaun tunai RM3,000 yang menjadikan jumlah nilai ganjaran untuk J7 PHEV mencecah sehingga RM14,000, antara yang tertinggi dalam keseluruhan kempen ini. Pendekatan ini memberi mesej bahawa peralihan ke arah elektrifikasi tidak seharusnya menjadi sesuatu yang merumitkan.

Untuk Keluarga Premium: C9

Bagi mereka yang mementingkan ruang, keselesaan dan imej premium, C9 ditawarkan dalam dua varian dengan ganjaran tersendiri. Untuk C9 AWD, pemilik boleh menikmati servis dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau ganjaran tunai bernilai RM5,500 serta diskaun tambahan RM3,000 yang menjadikan nilai keseluruhan mencecah RM9,000.

Manakala untuk C9 2WD pula, kempen ini menawarkan servis dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau ganjaran tunai bernilai RM5,500, dengan jumlah nilai keseluruhan sekitar RM6,000. Ia satu pilihan yang sesuai untuk keluarga yang mahukan ketenangan pemilikan tanpa terlalu fokus kepada promosi agresif.

Pilih Ikut Keperluan, Nilai Datang Bersama

Apa yang menarik tentang Season of Rewards ialah bagaimana ia tidak memaksa satu jawapan untuk semua. Sebaliknya, ia memberi ruang kepada pembeli untuk memilih kenderaan berdasarkan gaya hidup masing-masing, sambil tetap menikmati nilai tambahan yang signifikan.

Sama ada anda sekadar ingin mengenali jenama OMODA I JAECOO dengan lebih dekat atau sedang mempertimbangkan sesi pandu uji, kempen ini sebenarnya membuka peluang untuk bakal pembeli mengenali jenama ini dengan lebih dekat. Selain merasai sendiri kehebatan teknologi automotif jenama OMODA I JAECOO. 

Segera layari https://omodajaecoo.com.my/seasons-of-rewards untuk mengetahui lebih lanjut. 

Google ads
Back to top button