Buletin

JAMES MAY PERSENDA VIDEO WALKAROUND – PUSING FERRARI 308 GTB TANPA BERKATA APA-APA

Pada zaman sekarang, video sememangnya menjadi medium penting dalam penyampaian maklumat. Disebabkan oleh keberkesanan dan sifatnya yang lebih mudah dihadam oleh orang ramai berbanding teks bacaan, aplikasinya dilihat semakin meluas. 

Jadi, tidak hairanlah jika video digunakan dalam semua industri dan automotif tidak terkecuali. Menyebut tentang video berkaitan automotif, antara pendekatan paling popular ialah penerangan sesebuah kereta baharu atau lama secara walkaround. Caranya, hos akan mengelilingi kenderaan tersebut sambil menjelaskan ciri-ciri yang ada dan memberi komen secara spontan.

Mungkin kerana video sebegitu sudah terlalu biasa, salah seorang daripada trio pengacara rancangan The Grand Tour terbitan Amazon, James May buat perangai dengan sebuah klip video yang ‘menganjing’ video-video walkaround yang banyak dalam saluran YouTube.

Menggunakan Ferrari 308 GTB yang baru dibelinya, video berdurasi 55 saat itu menyaksikan May hanya melihat-lihat dan memeriksa kereta tersebut tanpa bersuara. May didakwa membeli  Ferrari 308 GTB beberapa bulan lalu selepas menjual Rolls-Royce miliknya. Jentera sports buatan Itali itu dijana oleh enjin V8 berkuasa 252hp.

Orang tua ni kalau menganjing, memang makan dalam juga.

https://www.facebook.com/drivetribe/videos/466509513729192/

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button