
SAKSIKAN RAKAMAN VIDEO KEMALANGAN JAMES MAY – PANJANG UMUR MAMAT NI
Sebelum ini kami pernah melaporkan tentang kemalangan yang menimpa James May sewaktu rakaman rancangan The Grand Tour, A Scandi Flick dan kali ini kita berpeluang menyaksikan sendiri kemalangan tersebut. Ish macam ada masalah jiwa yang pulak kalau seronok tengok orang eksiden.

Kemalangan in terjadi sewaktu mereka cuba merakam adegan pemanduan melalui terowong sempit dalam jangka masa terpantas. Jeremy Clarkson memulakan cabaran dengan memandu Audi RS4. Clarkson selamat sampai ke penghujung dan menyifatkannya sebagai satu pengalaman yang kurang menyenangkan.
Gelap weh terowong tu kalau tengok rakaman. Dah macam terowong yang digunakan oleh penyeludup dadah Mexico dalam siri Fast and Furious.
May kemudian berlepas dengan Mitsubishi Lancer Evo VIII dengan pantas dan bukan seperti May yang biasa kita lihat. Beliau sendiri mengakui yang itu adalah kesilapan beliau kerana terlalu memikirkan untuk menang dalam cabaran ini.
Hasilnya kita dapat melihat sendiri May membrek agak lewat dan berakhirnya dengan hentaman dinding yang sungguh padu. Bahagian hadapan kanan terkena dahulu menyebabkan kereta tersebut berpusing sehingga 180 darjah.
Rakaman bahagian dalam kabin menunjukkan impak yang agak kuat dengan kepala May dilihat ‘terbang’ ke arah cermin sisi dan barangan yang berada di dalam kereta juga dilihat tercampak ke arah May.
Foto selepas kemalangan juga menunjukkan kereta tersebut dalam keadaan bercalar balar dan tayar hadapan sebelah kanan jahanam terus. Malang sungguh nasih Evo Vlll tu.
Tapi nasib baik May terselamat walaupun impak kemalangan tersebut boleh tahan hebatnya. Kereta terlibat juga segera dibaiki untuk menyudahkan rakaman walaupun sebenarnya kereta tersebut sudah pun diisytiharkan sebagai total loss.
Kemalangan tersebut juga membantutkan hasrat Richard Hammond untuk memenangi cabaran tersebut. Beliau memilih langkah selamat dengan memandu Subaru WRX secara perlahan-lahan selepas itu.