Buletin

JEREMY CLARKSON: SAYA TIDAK CERGAS, GEMUK DAN TERLALU TUA

Jika anda bertanya kepada Jeremy Clarkson mengapa “The Grand Tour” akhirnya akan berakhir selepas hampir sedekad, dia memberi jawapan yang cukup jelas untuk anda.

Seperti dilaporkan oleh Deadline dalam temu bual dengan The Times of London, Clarkson berkata dia terlalu tua dan tidak sihat untuk meneruskan, selain semua orang kehabisan idea.

“Saya telah memandu kereta lebih banyak daripada orang lain dan lebih jauh ke utara berbanding orang lain.

“Kami melakukan semua yang anda boleh lakukan dengan kereta, “kata Clarkson.

Menurutnya, cabaran lain semasa penggambaran adalah kerana dia “tidak cergas, gemuk dan tua.”

Selain itu, dia juga masih sensitif tentang ruangan Meghan Markle, dengan wartawan yang menemu bualnya mendakwa dia diminta untuk tidak membangkitkannya.

Jika anda masih ingat, itulah dia tulis tentang Markle, “Saya benci dia. Tidak seperti saya benci (pemimpin Parti Kebangsaan Scotland) Nicola Sturgeon atau (pembunuh bersiri British) Rose West,” dedahnya.

Walaupun “The Grand Tour” mungkin akan berakhir, tetapi Jeremy Clarkson masih memainkan peranan penting dalam “Who Wants To Be A Millionaire?” versi British dan “Clarkson’s Farm”.

Google ads
Back to top button