Buletin

FIRMA TEKNOLOGI BUANG LEBIH 55,000 PEKERJA, SYARIKAT AUTOMOTIF AMBIL PELUANG MEREKRUT

Lebih 55,000 pekerja teknologi dari syarikat gergasi seperti Google, Amazon, Microsoft dan lain-lain telah diberhentikan pada bulan pertama tahun ini. Perkara tersebut turut menimpa pekerja sektor industri automotif sebelum ini.

Syarikat utama seperti Ford dan GM sebelum ini memberhentikan 3,200 pekerja di Eropah. Manakala Stellantis akan menghentikan operasi di sebuah kilang pada Februari yang mengakibatkan 1,350 pekerja hilang pekerjaan.

Syarikat automotif mengambil keputusan untuk memberhentikan begitu ramai pekerja kerana sedang menyesuaikan diri dengan peralihan kepada elektrifikasi dan pemanduan autonomi.

Meskipun syarikat teknologi menikmati pertumbuhan daripada kadar faedah yang rendah sebelum ini, tetapi apabila syarikat-syarikat ini memasuki fasa baharu, industri teknologi harus berfikir panjang untuk menempatkan diri dalam ekonomi baharu.

Berbeza dengan industri automotif, faktor wabak menjadi sebab utama syarikat-syarikat automotif mengecilkan saiz syarikat. Selain memerlukan pakar dalam teknologi dan elektrifikasi, bateri serta perisian.

Oleh itu, sesetengah jenama lama mungkin mengambil kesempatan untuk merekrut bekas pekerja daripada syarikat teknologi ini.

Malah dalam industri, pekerja-pekerja daripada syarikat auto yang mengutamakan teknologi seperti Arrival, Rivian atau Britishvolt bakal memberikan manfaat kepada pembuat kereta lain untuk meningkatkan teknologi kereta keluaran mereka, terutama kenderaan elektrik.

Menurut pengasas dan rakan kongsi pengurusan perundingan cg42, Stephen Beck, Ford dan GM bakal menggunakan peluang ini untuk merekrut pekerja baharu untuk diletakkan di bahagian elektrifikasi serta pembuatan kenderaan moden.

Google ads
Back to top button