Buletin

RON DENNIS BERSARA DARI MCLAREN – SYARIKAT BAHRAIN MUMTAKALAT DAN TAG GROUP KUASAI MCLAREN GROUP

Sukan perlumbaan Formula Satu penuh dengan sejarah dan tinggalan legasi hebat. Ia ibarat padang permainan ‘orang lama’ dan mereka yang ‘gila’ dalam mengejar impian. Penuh dengan drama dan kisah-kisah menarik. Namun sukan yang mulanya kecil di Eropah dan terus membesar dan eksklusif ke hari ini menyaksikan tokoh-tokoh dibelakanganya juga semakin berusia.

Ron Dennis CBE, yang sinonim dengan McLaren misalnya telah berusia 70 tahun pada 1 Jun lepas. Selepas episod menarik beberapa pihak termasuk Ron sendiri dalam isu pemilikan saham, akhirnya pada 30 Jun tokoh itu telah mengumumkan persetujuan untuk menjual sahamnya dalam McLaren.

MCLAREN P1 GTR GIAT DIUJI

Ron Dennis CBE telah menguruskan McLaren selama 37 tahun dan secara kumulatif, 51 tahun berada dalam sukan perlumbaan Formula 1 dan acara sukan permotoran terkemuka. Berikut ialah ringkasan biodata Ron Dennis.

  • 51 tahun dalam sukan perlumbaan Formula 1 dan sukan permotoran terkemuka
  • Selama 37 tahun bersama McLaren, Ron dan pasukannya berjaya memenangi 158 perlumbaan GP dan 17 kejuaraan dunia Formula 1.
  • Beliau menguruskan sejumlah tokoh pelumba ternama seperti Niki Lauda, Alain Prost, Ayrton Senna, Mika Hakkinen dan Lewis Hamilton – Kesemua mereka adalah juara dunia di bawah pengurusan Ron

BACA: BERAPAKAH KOS SEBUAH KERETA PERLUMBAAN GRAND PRIX FORMULA SATU?

Sejarah Ron Dennis dengan McLaren

  • Pada 18 Disember 1980, Ron gabungkan syarikatnya iaitu Project Four dengan Team McLaren
  • Syarikat gabungan itu dikenali sebagai McLaren International dan dinilai pada GBP 3 juta
  • Jumlah pekerja masa itu tidak sampai seratus orang
  • TAG Group mula melabur dalam McLaren pada tahun 1984 – TAG Group diasaskan oleh Akram Ojjeh, usahawan Arab Saudi kelahiran Syria. TAG membeli saham majoriti dalam syarikat pembuat jam Heuer pada 1985 sebelum syarikat LVMH dari Perancis membeli hampir 100 peratus saham dalam syarikat jam itu pada 1999
  • Pada 2004, Ron menubuhkan McLaren Applied Technologies yang mengfokuskan kepada inovasi dan teknologi dari perlumbaan kepada syarikat ternama dalam pelbagai industri
  • Pada 2010, Ron melancarkan McLaren Automotive yang menghasilkan kereta berprestasi McLaren jalanan dan lumba
  • McLaren Group kini dinilai pada GBP 2.4 bilion dengan jumlah pendapatan pada 2016 sebanyak GBP 898 juta dan kini mempunyai lebih dari 3,400 staf

McLaren pasca Ron Dennis

  • Ron Dennis, Pengerusi McLaren Automotive dan McLaren Technology Group telah bersetuju untuk menjual sahamnya dalam kedua-dua buah syarikat
  • Kedua-dua syarikat digabungkan menjadi McLaren Group
  • Bahrain Mumtakalat Holding Company dan TAG Group adalah pemilik saham majoriti McLaren Group
  • Bahrain Mumtakalat ialah syarikat pelaburan milik kerajaan Bahrain
  • Shaikh Mohamed bin Essa Alkhalifa akan menjadi Pengerusi Eksekutif McLaren Group
  • Setelah segala transaksi selesai, Ron Dennis akan meletak jawatan dalam kedua-dua bawah syarikat
  • Ron Dennis selepas ini akan meneruskan kerjayanya sebagai konsultan dan usahawan

Dan dari kami, terima kasih Ron di atas segala jasa dan legasi anda dalam Formula Satu! #tabikoranglama!

BACA: 10 PERKARA YANG ANDA PATUT TAHU TENTANG LAGENDA LITAR NURBURGRING

Google ads
Back to top button