
JPJ BUKA KAUNTER MULAI 29 APRIL. WAKTU OPERASI 8AM HINGGA 1PM SAHAJA
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka kaunter bagi semua urus niaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April ini.
Ia melibatkan perkhidmatan urus niaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan. Operasi kaunter dibuka pada hari bekerja bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.
Bagaimanapun, hanya beberapa pejabat akan beroperasi dalam satu-satu negeri.
“Perkhidmatan di kaunter pula hanya melibatkan urus niaga membabitkan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) kenderaan perdagangan.
“Kaunter juga dibuka untuk urusan lesen memandu Malaysia, lesen Vokasional (GDL, PSVD) dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman,” jelas JPJ dalam satu kenyataan.
Bagi urus niaga di kaunter melibatkan perkhidmatan lain, arahan pembukaan hanya akan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa berhubung COVID-19.
Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP, orang ramai yang datang berurusan di JPJ dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan pencegahan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – Sinar Harian
- BACA: MESTI PAKAI TOPI KELEDAR, WALAUPUN BAWA MOTOR DI KAWASAN KAMPUNG – JPJ TERENGGANU
- BACA: ARTIKEL DAKWA WUJUD RASUAH DAN SALAH LAKU, JPJ AKAN BUAT LAPORAN POLIS
- BACA: JPJ NAFI KENAKAN BAYARAN RM50 UNTUK TUKAR GERAN LAMA KEPADA VOC
- BACA: JPJ ARAH HENTIKAN URUS NIAGA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI PEJABAT POS?








