Artikel Pilihan

SEJARAH KEMPEN PANGGIL BALIK SEMULA PALING TERUK DI DUNIA

Recall merupakan atau dalam bahasa melayu kempen panggil balik semula adalah satu usaha yang dibuat oleh pengeluar dalam semua industri bagi membetulkan beberapa kesilapan rekaan yang ada pada produk mereka. Jika recall tidak dilakukan, produk mereka mungkin tidak dapat beroperasi dengan sempurna dan paling teruk mendatangkan mudarat pada pengguna.

Ralph Nader, pernah anda dengar nama ini? Penulis mendengar nama ini mungkin 10 tahun lepas ketika menonton siri dokumentari Discovery Channel. Ralph telah menerbitkan sebuah buku bertajuk Unsafe at Any Speed pada tahun 1965. 10 bulan kemudian Senat Amerika memanggil Ralph untuk memberi keterangan mengenai isu keselamatan automotif.

Berikutan dari itu, Senat meluluskan penubuhan National Highway Transpotation Safety Board. Satu akta khas yang dinamakan National Traffic and Motor Vehicle Safety Act yang mewajibkan mana mana kereta yang ada kecacatan kekal pada rekaan wajib dipanggil balik untuk melalui proses pembaikan secara percuma.

Ok, mari kita lihat beberapa siri recall yang terkenal berdasarkan jenama kereta.

1. Ford merupakan jenama yang glemer dengan recall semenjak dari dulu lagi. Model T iaitu kereta pertama mereka pernah dipanggil semula disebabkan jerami yang digunakan dalam kusyen mengandungi telur serangga. Bayangkan serangga membiak dalam kusyen anda dan merayap atas badan ketika memandu. Seram woi

Ford Pinto yang direka sebagai kereta jimat minyak pula direka dengan bahan substandard bagi tangki petrol. Jika anda melanggar bahagian belakang Pinto, tangki kereta akan meletup dan kereta akan terbakar. 67 orang dilaporkan mati disebabkan isu ini.

Kemudian beberapa model Ford yang dipasang dengan brek mengalami masalah ketika diparkir. Jika diparkir secara mengundur di kawasan berbukit, brek boleh gagal dan kereta akan menggelungsur ke belakang tanpa sebarang amaran.

Ford Explorer yang dipasang dengan tayar jenama Firestone mengalami masalah dimana tayar menjadi cepat rosak walaupun baru setahun dipakai. Ia mengakibatkan beberapa kemalangan disebabkan kes SUV ini mengalami roll over sewaktu selekoh.

Pada tahun 2005 pula, sebanyak 4.5 juta kenderaan dipanggil semula disebabkan modul unit kawalan auto cruise. Unit ini dikatakan mengalami kebocoran dan selepas digunakan beberapa ketika ia akan mula terbakar. Modul unit kawalan digantikan dengan unit baru, tapi malangnya modul gantian ada masalah yang sama

Sudahnya recall ini terpaksa dibuat dua kali. Memang sengal habis pengurusan Ford Amerika ketika itu. Selain daripada itu Ford ada satu budaya kerja yang menyebabkan pekerjanya tidak dapat meluahkan pendapat mereka berkenaan komponen yang sedang dibangunkan kepada pihak pengurusan. Bos mereka buat pekak tuli.

Buktinya adalah yang terbaru berkenaan dengan transmisi klac berkembar mereka yang dipasang pada model Fiesta dan Fokus. Jurutera mendapati dalam keadaan suhu panas, klac kering yang digunakan gagal menghasilkan pekali geseran yang cukup sehingga gear boleh berubah menjadi Neutral ketika memandu. Walaupun sudah diberitahu, pengurusan Ford menafikan.

Kes ini dibicarakan di mahkamah dan Ford diarahkan membvayar ganti rugi sebanyak 30 juta USD kepada semua pelanggan yang membeli Fiesta dan Focus antara tahun 2011-2016.

2. Honda turut mengalami masalah recall dengan kereta mereka namun nak kata salah Honda 100% pun tidak adil. Pada tahun 1995 lagi Honda sudah pun mengalami masalah recall dengan komponen yang dihasilkan oleh Takata iaitu sistem tali pinggang keselamatan.

Komponen tersebut ialah seat belt buckle button yang akan merekah selepas beberapa tahun dipasang di dalam kereta. Dalam kes kemalangan, seat belt buckle yang merekah ini tidak mampu menahan tubuh penumpang dan akan menyebabkan tubuh penumpang merempuh roda stering dan papan pemuka. Sebanyak 4 juta kereta Honda terdedah kepada masalah ini

Pada tahun 2013 masalah ini kembali berulang dengan beg udara Takata yang melibatkan kebanyakan model Honda. Namun terdapat juga beberapa model lain seperti Nissan, Toyota, Mazda dan Ford yang menggunakan beg udara buatan Takata dalam kereta mereka. Sebelum ini beg udara dipasang dengan bahan letupan yang dipanggil Sodium Azide.

Namun untuk menjimatkan kos, Takata mula menggunakan Ammonium Nitrate. Namun Ammonium ini akan menyerap lembapan udara dan beberapa tahun ia boleh meletup sendiri ataupun ketika kemalangan meletup di luar spesifikasi. Hasilnya bekas yang mengandungi ammonium ini boleh menjadi peluru.

Bayangkan jika serpuhan bekas ini berfungsi seperti peluru dan mengenai muka dan leher anda. Di Malaysia terdapat beberapa kes kemalangan maut yang melibat beg udara Takata ini. Kes ini menyebabkan syarikat Takata membayar saman 200 juta USD serta memfailkan muflis pada tahun 2019

3. Volkswagen Dieselgate merupakan satu kes penipuan terancang yang diketahui oleh pengurusan tertinggi Volkswagen. Di Eropah pengeluar kereta wajib mematuhi undang undang pencemaran udara yang dikenali dengan nama Euro Emission Standard ataupun Euro 6. Apa yang Volkswagen buat ialah pasangkan beberapa peranti dalam beberapa komponen kereta secara berasingan.

Apabila kereta ini menyedari ia akan diperiksa untuk pencemaran asap, ECU akan menjadi “baik” dan melepaskan asap dengan pencemaran seperti vape anda. Namun di atas jalan, pencemaran asapnya jauh lebih teruk. Kuncinya ialah, jika kawalan pencemaran asap dikawal, maka kuasa yang dihasilkan oleh enjin menjadi terhad.

Apabila skandal ini terdedah kepada umum, Volkswagen terpaksa memanggil semula kereta yang dipasang dengan enjin turbodisel, ekskutif kanan ditangkap polis atas penipuan dan terpaksa membiayai kos recall dan saman yang mencecah 10 billion USD.

4. Toyota pun pernah membuat silap dan menyebabkan kereta mereka dipanggil balik di seluruh dunia disebabkan isu pedal minyak tersangkut di lantai. Keadaan ini menyebabkan kereta Toyota boleh memecut ke depan walaupun mereka tidak menekan pedal minyak.

Disebabkan isu ini, Toyota perlu memanggil balik 9 juta kenderaan mereka di seluruh dunia pada bulan Januari-Februari 2009. Dalam keterangan mahkamah mendapati drive by wire system mengalami sati kecacatan dalam perisiannya dimana sedikit gangguan pada system menyebabkan sistem mengesan pemandu cuba memecut

Sebagai pembetulan, Toyota membetulkan balik rekaan pedal minyak, menukar rekaan alas kaki termasuk memasang mekanisme supaya alas kaki kekal berada di tempatnya, dan satu sistem yang akan memutuskan kuasa enjin jika ia mengesan pedal minyak dan brek ditekan serentak.

6. General Motor merupakan salah satu pengeluar terbesar Amerika, dan tak sahlah kalau tak terlibat dengan recall berkenaan isu keselamatan. GM baru-baru ini mengumumkan mereka perlu memanggil balik kenderaan pacuan 4 roda dan SUV yang dibuat antara tahun 2014 dan 2018 sebanyak 3.4 juta unit

Mekanisme pam vacum sistem brek akan rosak menyebabkan pemandu perlu menekan pedal brek dengan lebih kuat dari masa ke semasa untuk kenderaan berhenti sepenuhnya. Isu ini melibatkan 113 kemalangan dan 13 kecederaan.

Sebelum dari itu GM juga terlibat dengan recall apabila pemandu mendapati kunci kereta akan berubah kedudukannya daripada On kepada ACC menyebabkan enjin mati, brek kecemasan ABS gagal berfungsi dan sistem beg udara gagal berfungsi ketika kemalangan. Sebanyak 100 kematian telah dilaporkan berkenaan isu ini di seluruh dunia.

Masalah ini sebebanrnya telah disedari oleh GM pada 2004 lagi sebelum GM diambil alih oleh pengurusan baru. Alasan GM untuk tidak menukar komponen ini ialah kosnya terlalu mahal. Walaupun telah melakukan recall, namun GM dijangka akan disaman oleh tribunal pengguna dengan kos sebanyak 10 billion USD.

7. Audi pun tidak terlepas dengan masalah teknikal sehingga mereka perlu memanggil balik sehingga 400 ribu unit Audi 5000CS Turbo Quattro. Model ini dilancarkan pada tahun 1978 sehingga 1986. Namun masalah teknikal ini berlaku pada satu model yang sinonim dengan kualiti

Sebaik sahaja tombol gear digerakkan dari P kepada D, kereta ini akan memiliki pecutan yang tidak sekata seperti melompat ke depan. Akibatnya Audi terpaksa memangil balik semual model ini pada tahun 1982, 1983 dan 1987. Kes ini menyebabkan reputasi Audi sebagai pengeluar kereta premium tercalar dengan teruk

8. Volkswagen sekali lagi terlibat dalam isu recall namun kali ini ia melibatkan komponen transmisi Direct Shift Gear. Kalau kami tak tulis, mungkin mereka akan membuat petisyen di Parlimen. Terdapat 2 model transmisi yang terlibat iaitu DSQ200 7 kelajuan dan DSQ250 6 kelajuan.

Punca pertama ialah kewujudan mendapan sulfur yang terhasil daripada minyak gear yang digunakan. Masalah mendapan ini kemudian mewujudkan masalah litar pintas berlaku dalam litar elektronik alat kawalan transmisi. Masalah kedua ialah kerosakan sensor pada DSG yang menyebabkan transmisi hilang input kuasa ketika dipandu

Di Australia pula disebabkan masalah kualiti penghasilan unit transmisi, kerosakan unit kawalan elektronik (pressure accumulator) DSG boleh berlaku. Apabila komponen ini rosak, sistem gagal menghantar tork daripada input enjin kepada out transmisi dan kereta tidak akan bergerak

Secara keseluruhan, sebanyak 1.6 juta unit kenderaan Volkswagen terlibat dengan kes ini termasuklah subsidiari mereka iaitu Audi, Skoda dan juga Seat.

Tags
Google ads
Back to top button