Buletin

JPJ ARAH HENTIKAN URUS NIAGA PERBAHARUI CUKAI JALAN DI PEJABAT POS?

Kementerian Pengangkutan dilapor bersedia untuk meneliti semula arahan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya menghentikan urus niaga pembaharuan cukai jalan yang melibatkan kenderaan persendirian berkapasiti 2,000cc dan ke atas di pejabat pos. 

Berkuat-kuasa semalam, arahan itu bagaimanapun hanya melibatkan pejabat pos di Sarawak, Pulau Langkawi dan Labuan. Langkah itu dibuat bagi mengurangkan ketirisan pendapatan kerajaan kerana ada kenderaan dari Semenanjung memperbaharui cukai jalan di Sabah dan Sarawak. 

Pemiik kenderaan yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan mengambil kesempatan atas kadar cukai jalan murah di Sabah dan Sarawak dengan memperbaharuinya di pejabat pos di sana.  

Menterinya, Anthony Loke memberitahu beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharudin Khalid untuk menilai sama ada arahan ini perlu diteruskan atau sebaliknya pada minggu ini. 

“Ini cadangan daripada JPJ dan bukannya arahan Kementerian Pengangkutan,” kata Anthony.    

Biarpun ada kesan positif, pihaknya perlu mengambil kira kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak kerana mereka memerlukan saluran memperbaharui cukai jalan yang lebih banyak dan mudah, berikutan sesetengah kawasan tidak mempunyai pejabat JPJ. 

Kessesakan dan jarak pejabat JPJ atau Pusat Transformasi bandar (UTC) yang jauh pasti akan menyukarkan mereka untuk memperbaharui cukai jalan. Malah, ia pasti melibatkan perbelanjaan dan masa yang lebih lama. 

Apa yang diharapkan, JPJ dan Kementerian Pengangkutan akan dapat memberi satu penyelesaian lebih efektif untuk kemudahan rakyat di negeri terlibat. 

Google ads
Back to top button