Buletin

ARTIKEL DAKWA WUJUD RASUAH DAN SALAH LAKU, JPJ AKAN BUAT LAPORAN POLIS

Berikutan satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal hari ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat laporan kepada pihak berwajib.

Menerusi satu kenyataan, JPJ memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius kenyataan yang dibuat menerusi artikel bertajuk ‘Rasuah dalam JPJ jahanamkan industri logistik’.

Berdasarkan kepada artikel tersebut, ia mendakwa wujud kegiatan rasuah serta salah guna kuasa dalam kalangan anggota JPJ di beberapa buah negeri. 

“JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan rasuah mahupun penyalahgunaan kuasa di jabatan ini. Jika sabit kesalahan, pegawai terbabit akan dikenakan tindakan tatatertib sehingga buang kerja,” jelas kenyataan tersebut.

JPJ turut mengharapkan kerjasama semua pihak dalam membanteras jenayah rasuah di jabatan ini selaras dengan aspirasi Malaysia Bersih. – BERNAMA

Google ads
Back to top button