Buletin

JPJ KONGSI PROSEDUR TUKAR WARNA KENDERAAN. JANGAN MAIN TUKAR JE

Kemungkinan besar kita akan terfikir untuk menukar warna kenderaan apabila ingin menambah ‘seri’ kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, bukan boleh bedal begitu sahaja mengecat kenderaan dengan warna lain.

Ia berikutan terdapat prosedur yang perlu diikuti agar tidak berdepan tindakan pada masa akan datang.

Melalui laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1 merujuk kepada Seksyen (12) APJ 1987.

Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan dan bukanlah saman kerana tukar warna kenderaan.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menukar warna kenderaan: –  

  • Cat dahulu kenderaan
  • Apabila kenderaan selesai menukar warna, pemilik kenderaan perlu hadir ke Pejabat JPJ
  • Jika kenderaan diwarnakan melebihi dari 1 warna, warna yang paling banyak atau dominan di anggap warna kenderaan tersebut
  • Isi Borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan) dan serah pada Pegawai JPJ yang bertugas
  • Pegawai bertugas akan mengemaskini dalam sistem MySikap
  • Tiada bayaran dikenakan

Kemaskini warna kenderaan di dalam sistem adalah penting supaya jika terjadi kejadian seperti kemalangan , warna kenderaan yang didaftarkan boleh dijadikan rujukan.  – FB JPJ

Google ads
Back to top button