Buletin

NISSAN GT-R R35 SALUT KROM WARNA EMAS. NAK JUAL PADA HARGA RM2.2 JUTA!!!

Pada Januari 2016, syarikat talaan, Jepun, Kuhl Racing mendedahkan model Nissan GT-R R35 paling berkilau di dunia.

Jentera sama yang menjadi perhatian dunia itu kini dibuka untuk jualan di Dubai pda harga AS$550,000 (RM2.2 juta).

Nissan GT-R R35 itu didatangkan rekaan luaran bodykit khas yang diukir dengan tangan manakala sentuhan lapisan cat berwarna emas dapat dilihat pada bahagian panel krom kenderaan itu.

Selain itu, bagi menyerlahkan lagi sisi sporty kenderaan terbabit, ia dilengkapi set rim krom berwarna hitam.

Kuhl Racing turut melakukan perubahan pada bahagian dalaman jentera yang mendapat khidmat enjin 3.8 liter turbocharge berkembar V6 sehingga boleh memecut mencecah 820 hp.

Sistem ekzos Nissan GT-R R35 tersebut turut dinaik taraf kepada titanium dan beberapa sentuhan kustom pada bahagian kabin.

Ia termasuk tempat duduk bucket Recaro, konsol tengah, aliran udara, handel pintu pula dipadankan kemasan krom.

Senarai jualan mendedahkan, kenderaan itu hanya mencatatkan perbatuan sejauh 6,000 km sahaja. -carscoops

Google ads
Back to top button