Buletin

LELAKI MILIKI TOYOTA RAV4 CURI, DILARIKAN PULA REMAJA DIBANTU KETIKA TUKAR TAYAR PANCIT

Seorang lelaki miliki kenderaan curi jenis Toyota RAV4 bertindak membantu remaja menukar tayar pancit sebelum kenderaan curi tersebut dilarikan pemuda itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 pagi itu, suspek bersama rakannya memandu Toyota RAV4 yang dicuri apabila terlihat seorang remaja sedang bergelut menukar tayar pancit jentera Mitsubishi Lancer di bahu jalan berdekatan Layhill Road, Amerika Syarikat (AS).

Mereka telah memberhentikan kenderaan untuk membantu remaja berusia 19 tahun itu.

Menurut Jabatan Polis Daerah Montgomery, ketika sedang menukar tayar Lancer, remaja berkenaan bertindak melarikan SUV terbabit.

Bagaimanapun, sebelum sempat melarikan RAV4 secara mengundur,dia melanggar penghadang jalan sehingga terbabas di bahu jalan.

Suspek pertama tidak teragak-agak mengeluarkan pistol dan mengugut remaja tersebut yang berada di dalam kenderaan.

Pihak polis Montgomery mendapati bukan sahaja RAV4 terbabit merupakan kenderaan curi tetapi Mitsubishi Lancer dilaporkan dicuri dari daerah Prince George.

Kedua-dua mereka mempunyai waran tangkap aktif masing-masing dari Worcester County, Maryland dan DC.

Berikutan kejadian itu, pihak polis menahan mereka untuk siasatan.

Suspek pertama dibebaskan dengan jaminan bon AS$5,000 (RM20,557) manakala remaja tersebut dibebaskan dengan jaminan bon AS$3,000 (RM12,334). – agensi

Google ads
Back to top button