Buletin

TESLA TIDAK AKAN KONGSI DATA DENGAN KERAJAAN AS – ELON MUSK

Pengeluar kenderan elektrik, Tesla tidak akan berkongsi data yang dikumpul di China, atau negara lain, dengan kerajan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, tiada syarikat dari AS ataupun China yang ingin mengambil risiko mengumpul data sensitif dan berkongsi dengan kerajaan.

“Jika Tesla menggunakan kereta untuk mengumpul maklumat risikan di China ataupun di mana-mana sahaja, Kami akan ditutup,” katanya pada Forum Pembangunan China (CDF) yang diadakan secara maya Sabtu lalu.

Beliau memberi jaminan data para pelanggan di China dilindungi berikutan keputusan kerajaan China menghalang kakitangan tentera dan mereka yang bekerja di syarikat milik kerajaan dalam industri sensitif daripada menggunakan kereta Tesla atas alasan keselamatan negara. – agensi

Google ads
Back to top button