Buletin

JUALAN JULAI FORD MELONJAK 60%

Ford baru-baru ini mengumumkan bahawa jualan pada bulan Julai di Malaysia merupakan catatan rekod terbaiknya.

FPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02

Ia mengatasi rekod prestasi bulan Jun dengan jualan runcit keseluruhan melonjak sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 1,390 unit.

Rekod tersebut dipacu oleh permintaan kukuh yang berterusan terhadap model-model popular seperti Ranger, Fiesta dan Kuga, selain pertambahan bilik pameran Ford di Malaysia.

Ford-Ranger-mekanika (2)

“Ini merupakan keputusan yang hebat untuk memulakan separuh kedua tahun ini. Kami tahu bahawa selain mengutamakan aspek nilai untuk wang, para pemandu di Malaysia juga mahukan ciri-ciri keselamatan dan teknologi pintar,” kata Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

Jualan runcit trak pikap Ranger meningkat sebanyak 115 peratus pada Julai berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 868 unit. Ini adalah prestasi bulanan terbaik di Malaysia. Sehingga kini pada tahun ini, Ranger ialah trak pikap nombor dua paling laris di Malaysia dengan jualan mencecah 53 peratus kepada 4,535 unit.

Ford-Ranger-007

Semua rangkaian Ranger menampilkan pakej keselamatan yang tiada tandingan di Malaysia. Trak pikap itu kini dilengkapi ciri keselamatan aktif dan pasif tambahan seperti sistem Electronic Stability Program (ESP) serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX pada semua varian Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

ford-fiesta-mekanika

Fiesta baharu pula mencatatkan lonjakan jualan sebanyak 158 peratus pada bulan Julai berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 347 unit. Ia disumbang oleh permintaan kukuh terhadap enjin 1.0L EcoBoost Ford.

Ford-Kuga-mekanika (2)

SUV Kuga serba baharu juga menyumbang kepada rekod prestasi jualan dengan 102 unit pada bulan Julai. Angka itu menjadikan jualan Kuga pada tahun ini sehingga kini sebanyak 580 unit.

Ford-EcoSport-mekanika

“Momentum kami pada tahun ini akan menerima satu lagi lonjakan dengan pelancaran SUV EcoSport menjelang akhir bulan ini. Penambahan satu lagi kenderaan global Ford yang mendahului segmennya akan membantu meneruskan kejayaan transformasi berasaskan produk kami di Malaysia,” kata Westerman.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button