;
BuletinMotosikal

KAWASAKI LANCAR NAKED Z250 ABS & Z400 SE ABS. RM21,999 & RM28,755

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-30 Kawasaki Malaysia Sdn Bhd hari ini, mereka telah memperkenalkan dua model baru iaitu Z250 ABS dan Z400 SE ABS.

Dalam satu majlis makan malam tahunan bersama pengedar Kawasaki Malaysia hari ini, kedua-dua model tersebut dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia.

KAWASAKI Z250 ABS

Mengekalkan falsafah “Sugomi” daripada abang-abangnya yang lebih besar, model naked Z250 ABS ini memiliki garis badan yang tajam, dari hadapan hingga ke ekor belakang.

Rekaan yang tipis dan tirus itu menghasilkan ilusi sebuah motosikal yang ringan dan agresif. Di bahagian hadapan, ia mengingatkan kita pada model Z900 dan dan Z1000.

Model ini dilengkapi enjin dua selinder selari sejukan cecair 249cc yang telah digunakan sejak 2013. Namun kali ini, ia telah diperbaharui bagi memenuhi keperluan piawaian Euro-IV.

Enjin suntikan bahanapi ini menghasilkan 31 kuasa kuda pada 11,000rpm dan 15.5 paun tork pada 10000rpm

KAWASAKI Z400 SE ABS

Ia adalah model yang mengiringi barisan naked sedia ada Kawasaki yang terdiri daripada Z125 Pro, Z650 dan Z900. Ia bakal berentap dengan model pesaingnya seperti BMW G310R, Benelli TNT300 dan KTM Duke 390.

Ia mengisi kekosongan antara Z250 dan Z900. Sebagai sebuah model yang dijangka menjadi batu loncatan bagi peminat motosikal naked lebih besar, Z400 juga dijual pada harga yang menarik. Cuma RM28,755.

Ia dibekalkan dengan enjin dua selinder 399cc yang mampu menghasilkan 45 kuasa kuda pada 10,000rpm dan 38Nm tork pada 8,000rpm.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button