;
Artikel PilihanBuletin

TOYO PROXES TR1 DILANCARKAN – DARI RM199 SAHAJA!

Toyo Malaysia hari ini telah melancarkan tayar terbaru mereka Proxes TR1. Ia bagi menggantikan model lama T1R. Walaupun namanya macam sama, tapi TR1 ni telah ditingkatkan lagi teknologinya menjadikannya lebih sempurna.

Menurut Toyo, kenderaan berprestasi tinggi dibangunkan supaya dapat mencengkam baik di atas jalan raya dalam keadaan di mana ia dipandu pada tahap maksimum.

Selari dengan karakter tersebut, pemilik kenderaan biasanya memilih tayar yang benar-benar dapat menampung prestasi memandangkan ia adalah objek dalam mengagihkan kuasa buas daripada enjin ke atas jalan raya.

Memahami keperluan tersebut, Toyo Tires memperkenalkan Toyo Proxes TR1 yang merupakan versi baharu tayar berprestasi tinggi untuk peminat pemanduan dan pemilik kereta berprestasi.

Tayar baharu ini menggantikan Toyo Proxes T1R dengan beberapa pembaharuan seperti prestasi lebih baik, rintangan putaran lebih rendah dan jarak pembrekan lebih pendek di dalam keadaan basah dan kering.

Menggunakan peralatan dan teknologi khusus yang di miliki, Toyo Tires mampu menghasilkan versi tayar yang diperbaharui berbanding versi terdahulu dalam pelbagai cara.

Menggunakan Teknologi Keseimbangan Nano, Toyo mampu mereka bentuk kompaun silika penuh yang terdiri daripada polimer super-aktif dan kandungan tinggi silika.

Bahan tersebut penting bagi menambah baik keseimbangan di antara cengkaman dalam keadaan basah dengan rintangan putaran rendah seterusnya memperbaiki kadar penggunaan dan keselesaan serta mengekalkan karakter beprestasi tinggi.

Teknologi T-mode Toyo Tires turut digunakan pada rekaan corak bunga tayar dan binaannya bagi mengekstrak sebanyak mungkin prestasi daripada tayar.

Proxes TR1 menggunakan corak bunga asimetrik dengan dua bentuk berbeza iaitu agresif dan fungsian.

Sebagai contoh, corak agresif dengan alur condong panjang dan celahan sisi terbuka dilekukkan untuk memastikan keberkesanan pengalihan air daripada jalan raya.

Corak bunga tersebut berfungsi secara bersama dengan alur lebar pada sisi fungsian satu lagi bahagian tayar.

Rusuk tayar dengan ketegaran tinggi dan garis celahan pada bahagian fungsian tayar direka untuk memastikan cengkaman dan kestabilan sewaktu selekoh dalam kedua-dua cuaca basah dan kering.

Kaedah binaan yang digunakan pula memberikan tahap pengendalian baik dan kestabilan arah serta tindak balas stereng lebih linear dan meningkatkan lagi ketahanan tayar.

Apakah maksud semua ini dan apa terjadi bila digabungkan?

Kesemua kompaun, corak bunga dan binaan tayar menawarkan pembaikan sebanyak 10 peratus dari segi rintangan putaran, 16 peratus untuk jarak pembrekan di atas permukaan basah dan pada masa yang sama peluang untuk pengguna berasa lebih yakin dan menikmati pemanduan mereka.

Toyo Proxes TR1 baru sahaja dilancarkan di pasaran dan boleh didapati di Pusat Tayar Toyo, Pusat Permotoran Antarabangsa Silverstone dan pengedar terpilih di seluruh negara melalui pautan http://bit.ly/ToyoDealer.

Tayar ini ditawarkan dalam saiz 15 inci hingga 19 inci dan cuba teka berapa harganya?

Ia bermula cuma RM199 dan memang sangat berpatutan!

Tags
Google ads
Back to top button