KAWASAKI BAKAL LANCAR PESAING YAMAHA TRACER 9 GT 13 OKTOBER INI
Kawasaki telah pun memuat naik teaser baharu di media sosial yang memaparkan ketibaan model baharu sempena 2027.
Meskipun ‘teaser’ tersebut tidak mendedahkan rupa jelas model baharu itu namun kami difahamkan model tersebut merujuk kepada sebuah motosikal kembara dengan enjin 900cc.
Ini kerana video teaser tersebut turut mendedahkan bunyi model baharu itu yang jelas merupakan bunyi enjin empat silinder.

Menariknya, video tersebut turut mendedahkan rupa bentuk lampu hadapan yang jelas sama seperti KLE500, Z650 dan Z900. Ini secara tak langsung memberi bayangan bahawa model akan datang dari Kawasaki akan menerapkan rekaan depan yang sama.
Untuk rekod, Kawasaki Z900 menawarkan 123hp pada 9,500rpm dan 98Nm pada 7,7000rpm. Meletakkan enjin 900cc pada sebuah jentera sport touring bermakna Kawasaki bakal memberi saingan pada populariti Yamaha Tracer 9 GT.

Atas kertas, Tracer 9 GT dikuasakan enjin CP3 890cc yang sama diambil dari MT-09 namun telah ditala semula bagi menghasilkan 117hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.
Kawasaki akan memperkenalkan Versys 900 ini pada 13 Oktober ini.







