Motosikal

KAWASAKI BAKAL LANCAR KLE DENGAN ENJIN 650CC? 

Selepas pelancaran Versys 900, Kawasaki terus rancak dengan persiapan sebuah lagi model baharu. 

Berdasarkan teaser terbaru yang dimuat naik di media sosial, Kawasaki bakal memperkenalkan sebuah model adventure pada 27 Oktober ini.

Screenshot

Menariknya, teaser tersebut merujuk pada sebuah motosikal adventure mirip KLE 500. Namun, memandangkan KLE 500 merupakan model serba baharu diperkenalkan tahun ini maka kita mungkin sedang menyaksikan varian yang lebih berkuasa. 

Untuk rekod, Kawasaki ada mendaftarkan nama KLE 650 di Australia dan model baharu tersebut berkemungkinan merujuk pada KLE dengan enjin parallel-twin 650cc yang popular itu. 

Screenshot

Sekiranya benar, maka tahun 2027 bakal menjadi tahun sibuk buat Kawasaki untuk mengetengahkan beberapa model baharu yang telah diumumkan sebelum ini antaranya H2, H2R, H2 Carbon dan Versys 900. 

Google ads
Back to top button