Motosikal

KAWASAKI NINJA 650 DINAIK TARAF – FORK SHOWA SFF-BP, BREK RADIAL

Kawasaki telah menaik taraf sportsbike popular, Ninja 650 bagi tahun 2027 yang menyaksikan model itu pertama kalinya menerusi fork upside down (USD) selain pakej brek dan meter TFT baharu. 

Selepas sekian lama mengguna pakai fork teleskopik 41mm, akhirnya Ninja 650 dinaik taraf dengan fork USD 37mm SHOWA SFF-BP (separate function big piston). Namun begitu, fork tersebut masih menawarkan jarak gerak 125mm dan tidak boleh diselaraskan. 

Menurut Kawasaki, fork terbaru itu menawarkan kestabilan yang lebih baik terutamanya ketika di selekoh dan ketika membrek.

Penyerap hentak belakang juga telah ditala semula bagi menyesuaikan dengan fork baharu di hadapan agar tunggangan kekal mesra penunggang dan terasa natural. 

Selain itu, brek axial dua piston juga telah digantikan dengan brek radial empat piston. 

Sementara itu, Kawasaki turut mereka semula bahagian mudguard hadapan yang kini lebih lebar di bahagian sisi dan lebih panjang bagi melindung tiub fork. 

Melengkapkan naik taraf pada Ninja 650 adalah meter TFT 4.3-inci baharu yang boleh disambungkan ke telefon pintar menerusi aplikasi Kawasaki Rideology. 

Menariknya, buat pertama kalinya Kawasaki menawarkan fungsi quickshifter sebagai aksesori tambahan. 

Dalam pada itu, Ninja 650 2027 ini masih lagi dikuasakan enjin parallel-twin (dua silinder) 649cc yang menghasilkan 67hp pada 8,000rpm dan 64Nm pada 6,700rpm. 

GALERI: KAWASAKI NINJA 650 2027

Google ads
Back to top button