Motosikal

KAWASAKI UMUM NINJA H2 DAN H2R KEMBALI BAGI 2027

Kawasaki mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan bahawa jentera hypersport popular, H2 akan kembali pada 2027. 

Untuk rekod, Kawasaki menghentikan pengeluaran H2 pada tahun 2020 ekoran pelaksanaan Euro5 pada tahun 2021 tidak membenarkan motosikal itu dijual di pasaran global antaranya Eropah dan Asia. 

Jika model terdahulu menghasilkan 240hp pada 11,500rpm dan 142Nm pada 11,000rpm, model 2027 pula akan menawarkan 206hp pada 11,000rpm dan 135Nm pada 8,500rpm. 

Ini kerana bagi memastikan H2 kembali, enjin supercharged empat silinder 999cc DOHC 16-valve itu terpaksa ditala semula bagi mencapai standard emisi Euro 5+ yang ketat. 

Meskipun kuasa dihasilkan rendah berbanding sebelumnya namun Kawasaki telah melaksanakan naik taraf signifikan pada ruangan enjin termasuk mereka semula intake system dan supercharger impeller. 

Selain itu, Kawasaki turut menerapkan komponen baharu termasuk piston, cylinder head, crankshaft, throttle body serta sistem ekzos baharu. Kawasaki turut menala semual nisbah gear pada model 2027 ini. 

Menurut Kawasaki, perubahan ini dilakukan bagi mengekalkan pecutan H2 pada RPM tinggi di samping menghasilkan tork pada RPM rendah dan pertengahan. 

Sementara itu, H2 baharu ini turut dilengkapi dengan brek Brembo Hypure terbaru yang dipadankan bersama cakera 330mm di hadapan sementara belakang pula menempatkan cakera 250mm. 

Suspensi pula terdiri dari fork KYB 43mm boleh laras (secara manual) dan monoshock Öhlins TTX36. Berat jentera kekal pada 238kg seperti model sebelumnya. 

Pakej elektronik turut dipertingkat  dengan traction control, launch control, cornering ABS, KQS (Kawasaki Quickshifter), engine brake control, Öhlins steering damper elektronik dan cruise control. 

Sementara itu, varian H2R yang merupakan model untuk litar lumba sahaja sekaligus tidak terikat dengan peraturan emisi, kekal menawarkan 306hp pada 14,000rpm dan 326hp dengan Ram-Air. 

GALERI: KAWASAKI NINJA H2 2027

Google ads
Back to top button