
KAWASAKI KLE650 SE 2027 DIUMUMKAN – DENGAN QUICKSHIFTER, CRUISE CONTROL
Kawasaki dental rasminya memperkenalkan KLE650 SE until pasaran global bagi tahun 2027.
Ternyata, Oktober menjadi bulan yang cukup sibuk buat Kawasaki selepas pelancaran KLE500 Smartride dan Versys 900 sebelum ini.

Menurut Kawasaki, KLE650 SE dikuasakan enjin parallel-twin 649cc sedia ada. Ini bermakna, ini merupakan pertama kalinya Kawasaki memperkenalkan motosikal dual-purpose menggunakan enjin ikonik berkenaan.
Atas kertas, KLE650 SE ini menawarkan 70hp pada 8,600rpm dan 64Nm pada 7,500rpm. Untuk rekod, Kawasaki juga menawarkan KLE dengan versi 500 yang menawarkan 51hp dan 43Nm.

Menariknya, KLE650 SE ini juga merupakan model 650cc pertama Kawasaki yang didatangkan dengan fungsi KQS (Kawasaki Quickshifter) dan Electronic Cruise Control secure standard. Fungsi traction control (KTRC) juga ditawarkan.
Dalam pada itu,varian SE juga menawarkan meter TFT, tacar tubeless, USB Type-C, handguard, bash plate dan penghadang angin lebih lebar.

Seperti KLE500, KLE650 ini juga didatangkan dengan rim 21-inci depan dan 17-inci belakang. Model ini juga dipadankan dengan tayar Dunlop Trailmax Mixtour secara standard.









