;
Motosikal

BAGAIMANA DORNA MENGATASI SYARIKAT YANG CUBA MENENTANG MEREKA DALAM MOTOGP

Rasa-rasanya semua peminat MotoGP mesti kenal dengan Dorna kan? Ia bukannya seorang wanita tetapi sebuah syarikat yang memegang hak tayangan dan pengiklanan MotoGP dan beberapa lagi acara sukan lain di dunia yang serba pantas ini. Bersama-sama dengan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM), Dorna menetapkan peraturan dan dasar-dasar yang harus dipatuhi dalam perlumbaan GP motosikal dunia.   

Dorna ini sebenarnya memang berkuasa dalam menentukan dasar dan peraturan MotoGP dan mereka juga mampu mempengaruhi FIM dalam meluluskan peraturan tertentu tapi entah kenapa mereka dilihat agak berlembut dalam isu aerogate Ducati.

Jika perbincangan diadakan secara terbuka mungkin agak sukar untuk mencari persetujuan semua pihak. Ducati tentu mahukan keputusan yang memberi kelebihan kepada mereka dan begitu jua dengan pasukan ataupun pengeluar lain.

Rasanya berbanding menyelesaikan kekeliruan dengan perbincangan ada baiknya mereka menggunakan kuasa veto dengan mengenakan larangan yang jelas terhadap peraturan aerodinamik contohnya. Kemudian mereka juga mesti memastikan kesemua peraturan yang dibuat itu dipatuhi secara total tanpa ada pengecualian.

Semestinya bantahan akan timbul daripada pengeluar tertentu sama seperti yang mereka alami ketika memperkenalkan sistem Unified Electronics di mana semua jentera mesti menggunakan ECU yang sama buatan Magneti Marelli.

Ia bagaimanapun ditentang hebat oleh Honda yang mempunyai sistem elektronik terbaik untuk mengawal jentera mereka. Honda turut mengancam untuk meninggalkan MotoGP dan berpindah ke WSBK. Pada masa tersebut, hak penyiaran WSBK adalah kepunyaan Infront Sports.  

Tapi itu bukan satu masalah buat Dorna. Pada tahun 2011, syarikat induk Dorna, Bridgepoint telah membeli Infront Sports & Media dari Jacobs Holdings AG dengan nilai 550 juta Euro. Kini Dorna sudah pun menguasai dua perlumbaan motosikal dunia. Jadi sekarang pasukan mana mahu lari akan mengalami nasib yang sama seperti Honda. Boleh tahan juga liciknya Dorna kan?

Tags
Google ads
Back to top button