Artikel PilihanModifikasi

KEGILAAN TRUENO DAN LEVIN – LELAKI INI KONGSI CERITA MILIKI 5 BUAH AE86

Generasi Y mungkin tak pernah dengar pun tentang AE86. Tapi kami yang lahir di tahun 70-an tak akan lupa bagaimana kereta “murah” ini mencetus fenomena di seluruh dunia. Hari ini, ramai orang memperkatakan tentang GT86/Subaru BR-Z, tetapi yang memulakan lagenda sudah tentulah Toyota Corolla Levin dan Trueno (juga GT Apex)

Antonio Alvendia dari Amerika Syarikat adalah salah seorang pencinta AE86. Sejak membeli unit pertamanya lebih sedekad yang lalu, beliau hari ini telah mengumpulkan 5 buah AE86. Walaupun jauh dari benua Asia yang mengagumi Toyota olskool, realitinya di Amerika juga kereta ini semakin mahal.

Hanya kerana animasi manga Initial D, pasaran kereta ini menggila saban tahun. Di negara kelahirannya Jepun, AE86 dengan kondisi yang bagus sudah memintas harga jualan GT86 baru. Ya. Di sebuah negara yang kehidupannya berkisar tentang kereta, apa juga trend semasa akan mendapat sambutan seluruh penduduknya.

ae86 screen 2

Dari sini, hobi bertukar menjadi kerjaya. Minat beliau ini diterjemahkan menjadi hobi mengembara ke seluruh dunia, menjadi penulis, jurugambar automotif di samping mencari garis awal nostalgia AE86. Di Jepun, beliau berkenalan dengan sekumpulan masyarakat sukan drift dan itu memberinya idea untuk mengumpulkan AE86 di Amerika dalam satu perjumpaan yang dikenali dengan 86FEST.

Sehinggalah Toyota melancarkan GT86, acara yang sepatutnya menjadi perjumpaan kecil ini bertukar jadi program tahunan yang sangat besar. Ia kini menampilkan keluarga 86 baru dan lama, melibatkan pengeluar kenderaan Toyota, Scion dan Subaru juga penala dan pengeluar peralatan aftermarket seluruh dunia.

Saksikan video di bawah;

 

Google ads
"
"
Back to top button